Berita Auto

Raikan TBC Ini Dengan Minyak Motor Shell Helix

Pada setiap musim perayaan utama di Malaysia, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya servis kereta mereka sebelum memulakan perjalanan mereka. Pemilik kereta yang servis kereta mereka dengan minyak motor Shell Helix sebagai persediaan untuk musim Tahun Baru Cina akan menikmati lebih daripada sekadar keyakinan ketika memandu ke destinasi mereka.

Dari sekarang hingga 29 Februari 2016, setiap pembelian pek 4 liter Shell Helix Ultra, Shell Helix HX pek 7 atau 4 liter / 3 liter Shell Helix  HX5 minyak motor kereta penumpang datang dengan ganjaran segera dalam bentuk Ang Pow Bertuah yang mengandungi baucar tunai atau baucar bahan api percuma.

Shell2

Pengguna jalan raya boleh menerima Ang Pow Bertuah ini dengan dua cara.

Pertama, buat pembelian anda dari bengkel Shell Helix untuk menerima Ang Pow Bertuah mengandungi baucar tunai bernilai sehingga RM30 dan berpeluang untuk memenangi RM888! Cari bengkel Shell Helix yang terdekat dengan melayari www.shell.com.my/helixworkshop.

Atau anda boleh beli pek 4 liter mana-mana produk Shell Helix di stesen-stesen Shell di seluruh negara untuk menerima Ang Pow Bertuah yang mengandungi baucar  bahan api percuma bernilai sehingga RM20.

Shell

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terbaru Shell Helix, sila pergi ke www.shell.com.my.

 

Previous post

Perancangan PROTON Dan Suzuki Untuk 2016: Apa Yang Baru Dan Apa Yang Boleh Diharapkan

Next post

Jeep Trak Pikap Akan Datang 2017

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *