Berita Auto

Mugen Membawa Honda Civic Type R Ke Tahap Seterusnya

Kalau pasal bahagian prestasi untuk Honda, salah satu daripada tuner yang paling terkenal di pasaran adalah Mugen. Syarikat tuning Jepun ini bermula kecil-kecilan saja sejak 70-an lagi, apabila anak Soichiro Honda ingin bekerja dengan produk Honda tetapi dilarang daripada bekerja di Honda sendiri (kerana takut tuduhan nepotisme). Sejak itu mereka telah menyediakan komponen tuning yang terbaik untuk menolak prestasi Honda melebihi kebolehan yang sedia ada mereka.

Mugen Civic Type R

Kepakaran utama mereka adalah dengan perlumbaan single seater, tetapi sekali sekala mereka menghasilkan beberapa kereta produksi yang dipasarkan di bawah nama Mugen. Salah satunya ialah Mugen RR, varian prestasi yang sangat tinggi berdasarkan FD2 Sivik dan bukan FD2R seperti yang disangka ramai. Kali ini, mereka telah megunakan magik dan pengetahuan mereka untuk FK2 Civic Type-R dengan model Concept Mugen ini yang ditayang mereka di Tokyo Auto Salon. Terdapat banyak tambahan sirip hadapan  dan kepingan aerodinamik serta sayap GT yang lebih besar dimana semua ini menjadikan konsep ini lebih mengancam. Mereka masih senyap tentang apa yang dilakukan di bawah bonet, tetapi dengan potensi yang tinggi  mereka akan bermain dengan turbo maka kita boleh mengharapkan peningkatan kuasa yang ketara.

 

Previous post

Pihak Berkuasa Perancis Serbu Faciliti Renault

Next post

BMW M6 Dapat Rim Alloy Klassen

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *