Berita Auto

MINI Malaysia Perkenalkan MINI Countryman Park Lane Edisi Terhad Baharu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “MINI Countryman ialah MINI pertama yang mempunyai empat pintu, lampu belakang besar, lima tempat duduk dan fleksibiliti ruang dalaman lebih luas.  Sejak mula-mula diperkenalkan di peringkat global dan Malaysia, MINI Countryman telah masuk ke dalam hidup segmen pelanggan yang baru. Ini membolehkan jenama MINI mengukuhkan kedudukannya dalam segmen kompak premium. Hari ini, buat pertama kalinya kami begitu teruja untuk berkongsi kejayaannya menerusi satu model edisi khas bagi terus memenuhi keperluan mobilti peminat MINI yang pelbagai di Malaysia.”

MINI Countryman Park Lane mendapat namanya daripada Park Lane, salah satu alamat yang paling brerprestij di London. Ia berada di kawasan pinggir bandar Mayfair yang disegani di mana  terletaknya sebuah bilik pameran lagenda dan berprestij MINI. Biarpun ini merupakan kali ketiga nama Park Lane digunakan untuk edisi eksklusif model MINI sejak tahun 1987 dan 2005, tetapi ini adalah kali pertama nama tersebut digunakan kepada MINI Countryman.

MINI Countryman Park Lane 02

MINI Countryman yang terhad kepada 88 unit sahaja ini memiliki karekter atletik dan sangat versatil. Dengan reka bentuk yang mudah dikenali, kualiti premium, konsep ruang kabin yang versatil dan keseronokan pemanduan sebuah MINI, pakej keseluruhan yang ditawarkan oleh MINI Countryman nyata sukar untuk diketepikan.

Kini, MINI Countryman dengan lencana Park Lane turut menawarkan rekaan dan konsep warna tersendiri. Ia dilengkapi ciri-ciri mewah untuk terus membezakan dirinya sebagai sebuah model yang serba boleh dan penuh gaya. MINI Countryman Park Lane dipasang dengan bodykit MINI ALL4 bersama kemasan warna kelabu (Earl Grey). Sementara bahagian bumbung dan cermin sisi menggunakan varian warna merah (Oak Red) serba baharu, seterusnya memberi penampilan yang bergaya kepada MINI baharu ini.

Karekternya yang berani, tersendiri dan bergaya diserlahkan lagi melalui jalur Oak Red pada bahagian bonet, belakang serta sisi bawah. Lampu isyarat membelok diletakkan di dalam perumah berwarna krom yang dikenali sebagai ketutup sisi juga didatangkan dalam warna Oak Red bersama lencana “Park Lane” yang eksklusif pada permukaan kokpit serta sil pintu.

Penampilan luarannya yang klasik dan atletik diserlahkan lagi dengan rim aloi bersaiz 18 inci bersama rekaan Turbo Fan berwana kelabu gelap. Pakej visual luaran dipertingkatkan dengan elemen badan berwarna perak pada sil sisi serta apron hadapan dan belakang. MINI Countryman Park Lane baharu juga menawarkan kemasan bahagian dalaman yang mewah. Ruang kabin MINI Countryman Park Lane baharu menggunakan warna kelabu (Cross Stripe grey). Manakala kemasan pintu dan kokpit mengaplikasikan warna kelabu (Oxide Grey).

Ruang dalaman MINI Countryman Park Lane baharu dipertingkatkan lagi dengan Pakej Lampu Ambien yang memancarkan cahaya daripada bahagian panel pintu ketika berada pada mode malam.  Dengan hanya memutarkan tombol suis, pemandu dan penumpang boleh memilih atmosfera yang diinginkan menerusi satu spektrum warna yang bergaya. Bukan itu sahaja, sistem pendingin hawa automatiknya mampu mengubah suai dan mengekalkan suhu kabin dengan pantas. Ia dilengkapi penapis gentian karbon aktif binaan dalam untuk melindungi penumpang daripada bau yang kurang mennyenangkan dari luar kenderaan. Sistem pendingin hawa ini juga menyahaktifkan kitaran udara apabila perlu.

MINI Countryman Park Lane baharu menampilkan skrin LCD warna beresolusi tinggi bersaiz 6.5 inci, dikenali sebagai MINI Visual Boost. Ia menampilkan aplikasi baharu MINI Connected yang boleh dimuat turun daripada iTunes dan Google Play Store.

Aplikasi MINI Connected menawarkan pengalaman yang fokus, selain memaparkan maklumat yang paling relevan untuk pemanduan harian. Perkara ini boleh direalisasikan menerusi fungsi-fungsi baru seperti MINI Streetwise yang membantu pemandu mencari laluan terbaik ke destinasi. Ia boleh meramal keadaan trafik menggunakan maklumat perjalanan seperti tempoh masa, penggunaan bahan api dan banyak lagi. Ciri Sports Instruments pula memaparkan data enjin seperti kelajuan rev, suhu enjin dan output semasa enjin. Sementara ciri Ford Meter memaparkan semua kuasa pecutan dengan menggunakan grafik untuk menunjukkan pecutan secara longitudinal dan lateral.

Fungsi-fungsi baru MINI Connected termasuklah MINI Calendar yang menselarikan kalendar daripada telefon bimbit ke dalam MINI Centre Instrument. Fungsi MINI Status menunjukkan jarak dan takat bahan api, perjalanan dan arah laluan yang terakhir direkodkan. Manakala MINI Vital Statistics memaparkan rekod sejauh mana kereta telah dipandu serta statistik-statistik lain.

MINI Countryman Park Lane baharu juga dilengkapi kit Bluetooth bebas tangan dengan antara muka USB audio serta aplikasi yang sedia untuk MINI Connected seperti Spotify dan GoPro.

Ciri-ciri luaran serta dalaman MINI Countryman Park Lane baharu yang dikoordinasikan dengan tepat jelas menawarkan kefungsian yang versatil dan karisma eksklusif kepada MINI edisi terhad ini.

Bagi menawarkan keseronokan pemanduan MINI seperti sebuah go-kart, MINI Countryman Park Lane baharu dijana oleh unit enjin empat silinder MINI TwinPower Turbo bersesaran 1.6 liter. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 190hp dan tork 240Nm bersama keupayaan fungsi overboost mencecah 260Nm. Kereta ini boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa cuma 7.8 saat dengan kelajuan maksimum 212km/j. Ia menawarkan purata penggunaan bahan api 7.5 liter bagi setiap 100km dan emisi CO2 153 gram untuk setiap kilometer.

MINI Countryman Park Lane juga didatangkan dengan kelebihan Jaminan Jarak Perbatuan Tanpa Had Selama 4 Tahun serba baharu bersama program Servis Berjadual Percuma yang diumumkan baru-baru ini. Program servis ini menawarkan perlindungan lanjutan, merangkumi servis berjadual percuma dan penyelenggaraan sehingga 60,000km berdasarkan kepada sistem Condition Based Service (CBS).

Skop servis itu boleh ditawarkan menerusi program jaminan baharu yang turut meliputi satu servis pemeriksaan kenderaan, penukaran minyak enjin, penapis minyak dan penggantian minyak baru.  Komponen yang terlibat termasuklah penapis udara, penapis mikro, palam pencucuh dan bendalir brek. Komponen-komponen untuk brek hadapan dan belakang seperti cakera dan pad, serta penggilap cermin kini bagaimanapun terkecuali daripada program jaminan dan servis berkenaan.

MINI Countryman Park Lane 01

Harga di atas jalan MINI Countryman Park Lane baharu, tidak termasuk insurans bersama Jaminan Jarak Perbatuan Tanpa Had Selama 4 Tahun MINI dan Servis Percuma ialah:

MINI Countryman Park Lane – RM 253,888.00

 

Previous post

Ford Umum Rekod Jualan Rantau ASEAN untuk Tahun 2015

Next post

Nissan X-Trail Kini Berwarna Merah Sempena Tahun Baru Cina

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *