Berita Auto

FordPass® Janji Pengalaman Pelanggan Yang Lebih Kukuh

 

  • FordPass® merupakan sebahagian daripada transformasi Ford dalam menjadi sebuah syarikat auto dan mobiliti. Matlamatnya adalah untuk melaksanakan apa yang dilakukan oleh iTunes kepada para peminat muzik buat pemilik kenderaan

 

  • Dilancarkan pada April, FordPass mengimaginasikan kembali hubungan di antara pengeluar kenderaan dengan pengguna; keahlian adalah percuma sama ada anda memiliki kenderaan Ford atau tidak, hanya daftar secara dalam talian

 

  • Antara manfaatnya, menjadi pasaran untuk perkhidmatan mobiliti. FordGuides sentiasa ada untuk membantu anda bergerak, memberi ganjaran ke atas kesetiaan ahli. Sementara FordHubs membolehkan anda merasai pengalaman inovasi-inovasi terbaharu Ford

 

  • Ford bekerjasama dengan ParkWhiz untuk membantu pemandu mencari serta membayar parkir lebih awal dan mudah. FlightCar membantu pengguna berkongsi dan meminjam kenderaan; FordPay pula membuatkan urusan membayar kos mobiliti menjadi lebih mudah

 

  • Ford juga bekerjasama dengan McDonald’s dan 7-Eleven untuk memberi ganjaran kepada ahli-ahli FordPass melalui barangan serta pengalaman yang unik

 

  • FordHubs akan dibuka di New York, London, Shanghai dan San Francisco; hub pertama akan dibuka pada tahun ini di Westfield World Trade Center, New York

Ford Pivotal Sync

 

Sebagai sebahagian daripada transformasi menjadi sebuah syarikat auto dan mobiliti, Ford hari ini memperkenalkan FordPass® – satu platform yang mengimaginasikan kembali hubungan di antara pengeluar kenderaan dengan pengguna. FordPass bertujuan memberi apa yang dilakukan oleh iTunes kepada para peminat muzik untuk pemilik kereta.

 

Ahli-ahli FordPass boleh bercakap dengan pembantu mobiliti peribadi – FordGuides – malam atau siang untuk membantu menyelesaikan cabaran-cabaran mobiliti mereka. Sama ada untuk mencari laluan paling efisien atau menempah parkir sebelum mereka mereka sampai ke destinasi yang ditujui. Ahli-ahli juga boleh menempah dan membayar parkir lebih awal, membina kenderaan ideal mereka di salah sebuah FordHubs dan menerima ganjaran atas kesetiaan mereka kepada FordPass.

 

“Ford sentiasa bermotivasi untuk menjadikan kehidupan manusia lebih baik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ford, Mark Fields. “Kami berjaya menggerakkan dunia sejak seabad yang lalu. Kini kami melakukan perkara yang sama menerusi rangkaian kereta, SUV, trak dan kenderaan elektrik. Hari ini, kami membawa komitmen kami selangkah ke hadapan menerusi pengenalan FordPass –  satu platform serba baharu kami yang mungkin paling revolusionari setakat ini.”

 

Keahlian FordPass adalah percuma untuk pemilik kenderaan Ford dan jenama kereta lain.  Platform ini akan dilancarkan secara rasmi pada April.

 

FordPass adalah sebahagian daripada Mobiliti Pintar Ford, pelan untuk membawa syarikat ke satu tahap baru dari segi ketersambungan, mobiliti, kenderaan berautonomi, pengalaman pelanggan, data dan analisis.

 

“Ketika kami mengkaji perubahan mobiliti yang dihadapi oleh pengguna, kami menghasilkan FordPass untuk membantu menyediakan perkhidmatan yang boleh membuatkan kehidupan mereka lebih mudah,” kata Fields. “FordPass benar-benar mendengar keperluan orang ramai dan membangunkan cara untuk membantu mereka bergerak dengan lebih baik.”

 

FordPass menampilkan empat elemen untuk memberi manfaat kepada ahli-ahlinya: Pasaran ini merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan mobiliti; FordGuides membantu pengguna untuk bergerak dengan lebih efisien; penghargaan, di mana kesetiaan ahli akan diiktiraf dan FordHubs yang membolehkan pengguna menikmati inovasi-inovasi terbaharu Ford.

AAA-16FordEscape_HR

 

Pasaran

Semua ahli FordPass akan mempunyai akes ke satu pasaran perkhidmatan mobiliti.

 

Ford bekerjasama dengan ParkWhiz dan Parkopedia untuk membantu orang ramai mencari serta membayar parkir dengan lebih mudah. Manakala perkhidmatan FlightCar pula membolehkan mereka untuk meminjam dan berkongsi kenderaan apabila bergerak. Pada masa akan datang, perkhidmatan ini akan meliputi perkongsian kereta, pengangkutan multi modal dan banyak lagi.

 

Ahli-ahli boleh membayar perkhidmatan ini menerusi FordPay – satu sistem pembayaran maya yang merupakan sebahagian daripada FordPass.

 

“FordPass adalah berkaitan dengan kemudahan,” kata Naib Presiden Eksekutif Pemasaran, Jualan dan Perkhidmatan, Ford Stephen Odell. “Kami menghubungkan pengguna dengan dunia dan menjadikan semuanya sangat mudah.”

 

Para pemilik kenderaan Ford boleh berhubung dengan pengedar kegemaran mereka untuk mendapatkan jadual penyelenggaraan dan servis atau menilai perincian akaun kewangan kenderaan Ford Credit mereka.

 

Ahli yang memiliki kenderaan Ford dan dilengkapi SYNC® Connect boleh menggunakan  FordPass untuk mengakses ciri-ciri kenderaan seperti menghidupkan enjin dari jauh, kunci dan membuka pintu,mengetahui takat bahan api, minyak dan bateri; membaca tekanan tayar serta meninjau lokasi kenderaan masing-masing.

 

FordGuides

Tiada siapa yang mahu jadi sekadar nombor. Sebab itulah ahli-ahli FordPass boleh bercakap secara langsung dengan FordGuides yang boleh dipercayai dan berpengetahuan tinggi – semuanya dengan hanya menekan satu butang.

 

Misalnya, sekiranya seorang ahli ingin membuat tempahan parkir untuk satu acara dengan lebih awal, tetapi tidak pasti bagaimana untuk berbuat demikian, beliau hanya perlu menekan satu butang pada telefon pintar dan bercakap dengan FordGuide yang akan memberinya pilihan dan membantu menempah parkir tersebut.

 

Khidmat nasihat itu akan diberi secara percuma. Tugas mereka cuma memberi panduan, berkhidmat dan membantu menyelesaikan cabaran mobiliti – bukannya menjual sesuatu.

 

Penghargaan dan Ganjaran FordPass

Ganjaran FordPass membuatkan mobiliti menjadi lebih berbaloi – tanpa mengira bagaimana bentuk perjalanannya.

 

Ahli FordPass akan diberi ganjaran walaupun hanya melakukan perkara-perkara biasa seperti mendaftarkan diri sebagai ahli, menempah parkir atau berinteraksi dengan FordGuides.

 

Hasil kerjasama dengan rakan-rakan seperti McDonald’s, 7-Eleven dan lain-lain, FordPass mampu memberi ganjaran kepada ahli melalui akses kepada pengalaman dan barangan yang unik.

 

“Kami berhubung dengan para pelanggan dan bakal pelanggan berpotensi – bertujuan menjadikan setiap interaksi dengan jenama Ford adalah satu pengalaman yang positif,” kata Naib Presiden Pengedar Global dan Pengalaman Pengguna Ford, Elena Ford. “Kami mahu para pengguna tahu betapa kami menghargai mereka. Dengan FordPass, kami membawa kesetiaan ke satu tahap baru.”

 

FordHubs

FordPass turut melibatkan pembukaan FordHubs, di mana para pengguna boleh meneroka inovasi terkini Ford, mengetahui tentang perkhidmatan mobiliti dan menyertai acara-acara eksklusif.

 

Hub-hub urban ini akan berlokasi di New York, San Francisco, London dan Shanghai. Hub pertama bakal dibuka hujung tahun ini di Westfield World Trade Center, New York.

 

FordGuides akan membantu orang ramai memahami pilihan-pilihan mobiliti yang ada di bandar mereka, meneroka penyelesaian untuk keperluan mobiliti, melihat peta mobiliti bandar pada masa sebenar dan menyertai acara-acara istimewa, termasuklah pelancaran kereta baharu.

 

“Ini bukanlah tempat di mana kami cuba untuk menjual sesuatu,” kata Odell. “Kami mahu mendengar pandangan orang ramai. Kami juga ingin menunjukkan kepada mereka apa yang kami lakukan untuk menyelesaikan isu-isu pengangkutann pada hari ini dan masa depan – bukan sekadar di bandar mereka, tetapi di seluruh dunia.”

 

FordPass akan dilancarkan pada musim bunga depan di Amerika Syarikat dan Kanada, sebelum diikuti oleh pasaran-pasaran lain seperti Eropah, China dan Brazil pada penghujung tahun ini. FordPass boleh diaktifkan menerusi telefon bimbit. Para pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dan kemas kini mengenainya di laman web MyFordPass.com.

 

 

 

Previous post

Toyota Sahaja Menghasilkan Lebih 2 Juta Kereta di Amerika Syarikat Bagi 2015

Next post

Ford Masukkan V6 Twin Turbo Kedalam Mondeo Amerika

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *