Cerita Auto

Bila Lampu Check Engine Anda Bernyala!

Lampu amaran ini menyala apabila ignition diputar pasang. Ia seharusnya padam beberapa saat setelah enjin hidup. Jika ia kekal terang dengan enjin berjalan, ia menunjukkan ada kerosakan dengan sistem pengurusan enjin dan perlu diperiksa dengan seberapa segera yang mungkin.

ECU warning light1

Jika ia berkelip ketika memandu, kurangkan kelajuan kenderaan dengan segera sehingga lampu tidak berkelipan. Jika ia terus berkelip, elakkan pecutan kuat  dan kelajuan enjin yang tinggi,

berhentikan kenderaan dan periksa serta-merta.

Pada sesetengah kenderaan lampu ini mungkin merah, sama juga, berhentikan kenderaan dan dapatkan bantuan dengan segera. Jika keadaan selamat untuk melakukannya cuba berhenti kenderaan, mematikan enjin, tunggu dua minit, kemudian hidupkan semula enjin untuk reset semula sistem pengurusan enjin.

Pada sesetengah kereta lain pula jika lampu amaran enjin anda menyala, selalunya ia akan diiringi beberapa tanda-tanda yang luar biasa termasuk kekurangan kuasa kerana kereta itu dengan otomatik akan masuk ke dalam mod ‘selamat’ untuk melindungi dirinya; ada yang terputus putus kuasa bila tekan minyak, disebabkan misfire; atau tanda-tanda lain yang boleh mengubah tindak balas biasa enjin.

Kadang-kadang semua ini boleh disebabkan oleh sesuatu yang kecil seperti sensor elektrik yang rosak dan kadang-kadang ia mungkin kerana satu isu mekanikal yang lebih besar. Jika lampu amaran enjin kereta anda menyala, dapatkan seorang mekanik profesional untuk memeriksanya dengan betul kerana kalau terus memandunya boleh menyebabkan kerosakan yang mungkin tidak boleh diperbaiki.

Jangan sampai macam Penny disini:

 

Previous post

Jualan Toyota dan Lexus 2015 Memerangsangkan

Next post

Honda America Periksa Semula 'The Power Of Dreams' Civic

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *