Gaya Hidup

Shell Helix Perluas Pakatan Dengan Pengeluar Kereta Utama

Pelancaran minyak enjin jenama bersama dengan Hyundai-Sime Darby Motors jelas membuktikan kualiti premium Shell Helix

Shell Helix akan meneroka peluang membentuk lebih banyak pakatan strategik dengan pengeluar kereta utama sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan utama bagi rangkaian minyak enjin kereta penumpang pendahulu pasaran.

Shell Helix yakin dengan usahanya meluaskan lagi bahagian pasaran dalam kedua-dua segmen bengkel francais dan segmen lepas jualan memandangkan ia kini mempunyai portfolio lengkap minyak enjin yang unggul dari segi teknologi yang memenuhi keperluan setiap jenis kereta – daripada kereta Eropah prestasi tinggi kepada kereta kebangsaan.

Baru-baru ini syarikat melancarkan Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W 30 dengan Teknologi PurePlus, spesifikasi minyak enjin tertinggi di pasaran. Ia direka dengan keupayaan berbilang bahan api dan amat sesuai bagi kenderaan emisi rendah yang paling canggih. Kenderaan tersebut biasanya dipacu oleh enjin diesel dengan penapis zarah, enjin gasolin prestasi tinggi atau enjin gabungan gas, biodiesel dan etanol.

Setakat ini, Shell Helix telah mendapat kelulusan daripada semakin banyak pengeluar terkemuka termasuk BMW, Ferrari, Maserati, Mercedes, Volkswagen, Ford, Honda, GM, Chrysler dan Hyundai.

Pada tahun ini, Shell Lubricants telah menjadi pembekal disyorkan bagi minyak enjin BMW dan satu-satunya pembekal global disyorkan Kumpulan BMW bagi minyak enjin di pasaran lepas jualan. Kerjasama eksklusif ini juga diperluas ke litar lumba, di mana pasukannya akan berlumba menggunakan minyak enjin Shell Helix Ultra. Semua minyak enjin ini diperbuat daripada gas asli yang membolehkannya menghasilkan perlindungan enjin dan prestasi lebih tinggi bagi kereta kegunaan di jalan raya dan juga kereta lumba BMW.

Shell recently launched the highest grade of motor oil in the market

Syarikat mendapat satu lagi pengiktirafan besar baru-baru ini apabila Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan keputusannya untuk menggunakan minyak enjin jenama bersama Shell Helix secara eksklusif di semua pusat servis sah Hyundai di Semananjung Malaysia mulai Disember 2015 dan di Malaysia Timur mulai Januari 2016.

Dua pilihan minyak, iaitu Shell-Hyundai Ultra AH sintetik penuh dan Shell-Hyundai Helix HX 7 AH teknologi sintetik, dirumuskan khas untuk kenderaan Hyundai. Pelanggan boleh menjangkakan prestasi dan penyenggaraan lebih baik daripada kenderaan mereka dengan rangkaian minyak enjin premium baru ini.

Menurut Pengurus Besar Shell Lubricants – Malaysia dan Singapura, Leslie Ng, keputusan yang dibuat oleh HSDM ternyata merupakan pengiktirafan kukuh  kualiti premium minyak enjin Shell Helix.

“Kami gembira untuk membekalkan minyak enjin bermutu tinggi kepada HDSM, yang menawarkan manfaat terbukti kepada pemilik Hyundai menerusi prestasi dan perlindungan enjin unggul; enjin lebih bersih dan penjimatan minyak lebih tinggi,” katanya.

Leslie menyatakan bahawa kelebihan daya saing utama Shell ialah kepimpinan teknologi kerana tiada syarikat minyak dan gas lain yang melabur begitu banyak dalam penyelidikan dan pembangunan. Di samping itu, Shell juga dapat memanfaatkan pakatan kukuh dengan Ferrari yang membolehkannya memanfaatkan kelebihan produk pelincir prestasi tinggi yang dicipta dan terbukti di litar untuk kegunaan jalan raya harian.

Kerjasama antara Shell Lubricants dan Hyundai diperluas di luar pesisir Malaysia. Hyundai Motor Company (HMC) telah mengumumkan awal tahun ini bahawa Shell akan menjadi pembekal minyak enjin selepas jualan disyorkan eksklusif bagi kenderaan Hyndai di seluruh dunia. Minyak enjin jenama bersama yang dikeluarkan oleh Shell akan disyorkan di bengkel Hyundai dan disediakan kepada pelanggan di lebih 70 negara.

Shell and Hyundai juga akan terus berganding bahu dalam bidang teknologi dan inovasi – membangunkan formula minyak enjin baru untuk memenuhi keperluan kenderaan Hyundai yang semakin bertambah rangkaiannya. Minyak enjin memainkan peranan semakin besar untuk menambah kecekapan enjin pada masa kini dan masa depan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shell Helix, sila layari www.shell.com.my.

Shell and Hyundai recently launched a co-branded oil that was specially developed for Hyundai cars

Previous post

Lori Pick-Up Thai Motor Expo (D-Max & Hilux)

Next post

Penyeri Ekspo Motor Antarabangsa Thailand 2015 (I)

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *