Berita Auto

BMW Group Malaysia Perkenalkan BMW 3 Series Baharu.

BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW 3 Series baharu. Sudah memasuki generasi keenam, jentera ini terus menarik perhatian dengan reka bentuk dinamik, kelinc ahan tiada tandingan dan praktikaliti untuk kegunaan pada setiap hari.

Sejak tahun 1975, BMW 3 Series telah menunjukkan kemampuan dinamiknya dan menetapkan penanda aras dalam segmen jentera sports premium bersaiz sederhana. Sedan ini juga dikenali sebagai pencetus segmen sports premium bersaiz sederhana. Selama 40 tahun, BMW 3 Series menawarkan kecekapan yang tiada tandingan dalam kelasnya menerusi kemampuan dinamik dan sporty yang sudah menjadi tanda dagang jenama BMW. Karekter dinamik ini diserlahkan lagi melalui reka bentuknya yang tepat dan elegan yang terus dapat menarik perhatian sesiapa sahaja.

bmw_3-series_4

Ketika memperkenalkan BMW 3 Series baharu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, “Pada tahun 1975, BMW memulakan lembaran  kisah kejayaan segmen sports premium selama lebih empat dekad. BMW 3 Series mewakili intipati jenama BMW. Kami yakin bahawa model terlaris sepanjang zaman ini akan terus menjadi peneraju dalam segmennya. Selaku sedan sports premium terbaik, BMW 3 Series generasi keenam ini hadir bersama rekaan yang sangat menarik perhatian, dinamik yang luar biasa, kecekapan dan praktikaliti tiada tandingan. Sama seperti yang telah dilakukannya sejak empat dekad lalu.”

BMW 3 Series diperkenalkan dalam varian BMW 318i, BMW 320i, BMW 320d dan  BMW 330i serba baharu yang dilengkapi Sport Line ekstra dinamik, Luxury Line yang eksklusif dan elegan serta M Sport Package yang cukup atletik. Penampilan sedan sports premium serba baharu yang menarik perhatian ini turut dilengkapi dengan rangkaian kuasa yang lebih berkuasa dan efisien. Chasis dan suspensinya terus dioptimumkan, ruang kabinnya diperbaharui, di samping rangkaian teknologi BMW ConnectedDrive yang menerajui segmennya – pertama dalam segmen premium di Malaysia.

bmw_3-series_11

Reka bentuk: berkualiti tingi dan penampilan lebih menyerlah

BMW 3 Series baharu jelas menonjol di atas jalan raya dengan penampilan yang lebih sporty dan elegan berbanding model sebelumnya. Sedan sporty ini mengekalkan tradisi reka bentuk tradisi jenama BMW. Ia merangkumi bonet dan tapak roda yang panjang, bahagian belakang pendek serta ruang tempat duduk belakang yang selesa. Semua aspek ini diintegrasikan secara harmoni untuk menghasilkan perkadaran yang sangat dinamik, serta agihan berat ideal 50:50 yang menjadi tanda dagang BMW.

Rekaan luaran BMW 3 Series baharu yang sporty dan elegan itu dimulakan dengan lampu utama yang telah direka semula. Ia mendominasi bahagian hadapan untuk memberikan persembahan visual yang jelas tentang dinamik kereta ini. Lampu isyarat membelok LED kini diposisikan sebagai “kening” pada bahagian atas lampu utama LED. Ia  hadir sebagai satu ciri standard dan diintegrasikan dalam bentuk horizontal yang lebih menyerlah. Bentuk lampu nyalaan siang LED pada kedua-dua belah sisi pula menonjolkan susunan lampu utama berkembar BMW. Di samping membentuk hubungan  di antara unit lampu utama dengan gril kidney BMW yang bergaya. Pada bahagian bawah lampu utama, terletak lampu kabus LED yang menjadi ciri standard untuk varian BMW 320i M Sport, BMW 320d M Sport dan BMW 330i M Sport.

Bahagian hadapan BMW 3 Series baharu terus menyerlahkan visual yang maskulin. Apron hadapan mempunyai ruang pengambilan udara sisi yang lebih besar. Sekali gus memberikannya gaya yang lebih menawan. Rekaan belakang BMW 3 Series baharu tidak kurang menariknya. Lampu belakang LED sepenuhnya yang menerima rekaan baharu disusun dalam bentuk “L” BMW yang tersendiri dan kini lebih melengkung. Dua lampu isyarat membelok LED pula membentuk satu jalur cahaya horizontal pada seksyen lampu belakang. Ia menawarkan cahaya yang sekata dan konsisten.

Penampilan sporty BMW 3 Series baharu terus diserlahkan lagi menerusi paip ekzos berkembar bersaiz 70 millimeter pada varian BMW 320i, BMW 320d dan BMW 330i serba baharu. Manakala BMW 318i baharu pula menerima paip ekzos tunggal berdiameter 75 millimeter. BMW 3 Series baharu juga hadir bersama rangkaian rim yang baru.  BMW 318i Luxury Line dipasang dengan rim aloi ringan multi-jejari bersaiz 17”. BMW 320i Sport Line dengan rim aloi ringan multi-jejari V bersaiz 17”. BMW 320i M Sport dan BMW 320d M Sport dilengkapi rim aloi ringan M bersaiz 18” dengan jejari Star. Sementara rim aloi ringan M bersaiz 18” jejari berkembar dipasang pada BMW 330i M Sport.

bmw_3-series_6

Rangkaian kuasa dan chasis: kecekapan dengan kuasa

BMW 3 Series menjadi simbol kepada keseronokan pemanduan yang penjimatan bahan api sejak 40 tahun lalu. Kini, BMW 3 Series menaikkan standard itu sekali lagi. Seluruh ahli keluarga enjin modular baharu itu berkongsi rekaan cetakan biru yang sama iaitu susunan silinder sebaris dan mengambil manfaat teknologi BMW TwinPower Turbo.

BMW 318i menjadi model BMW 3 Series pertama yang dibekalkan dengan enjin petrol tiga silinder yang memenangi anugerah enjin terbaik 2015. Enjin 3 silinder 1.5 liter BMW TwinPower Turbo yang inovatif itu berkongsi DNA sama dengan enjin petrol enam silinder sebaris BMW TwinPower Turbo yang telah memenangi pelbagai anugerah. Enjin tersebut berupaya menjana kuasa maksimum 136hp, tork 220Nm dan memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 8.9 saat. Gabungan penggunaan bahan api BMW 318i bermula daripada 5.1 liter bagi setiap 100km dengan emisi C02 119g/km.

Kehadiran BMW 3 Series baharu juga menandakan penampilan premiere dunia enjin empat silinder 2.0 liter baru. Enjin tersebut dipasang pada varian BMW 320i dan BMW 330i serba baharu. Ia menjanjikan keseronokan pemanduan yang maksimum, terima kasih kepada aspek hantaran kuasa dan maklum balas luas biasa pada kelajuan enjin yang rendah. Pada masa sama menawarkan penggunaan bahan api dan emisi yang minimum.

Enjin itu adalah sebahagian daripada rangkaian enjin BMW EfficientDynamics. Digunakan pada BMW 320i, ia mampu menjana kuasa 184hp, tork 290Nm dan pecutan dari 0 ke 100km/j dalam masa 7.2 saat. Untuk varian 330i pula, output kuasanya mencecah 252hp dengan tork maksimum 350Nm serta berupaya memecut dalam masa cuma 5.8 saat dari titik pegun ke kelajuan 100km/j.

Enjin aluminium sepenuhnya yang penuh kuasa ini bukan sahaja menawarkan prestasi dan kelancaran terbaik, malah penjimatan bahan api yang tiada tandingannya. Purata bacaan penggunaan bahan api BMW 320i dan BMW 330i adalah 5.58 dan 6.1 liter bagi setiap 100km. Manakala tahap emisi C02 pula adalah 128g/km daripada BMW 320i dan 143g/km untuk BMW 330i.

bmw_3-series_9

BMW 320d menampilkan enjin diesel 4 silinder terkini yang menawarkan keseronokan pemanduan maksimum dengan output kuasa 190hp dan tork puncak 400Nm. Ia juga memberikan kuasa pecutan mengagumkan iaitu 7.2 saat dari 0 ke 100km/j dengan penggunaan bahan api hanya 4.0 liter bagi setiap 100km, manakala emisi C02 berada pada tahap 106g/km.

Selain daripada enjin baharu yang berkuasa dan menjimatkan bahan api, fungsi Automatic Start/Stop dan Brake Energy Regeneration turut memastikan BMW 3 Series bukan sahaja menawarkan prestasi sporty BMW, malah menetapkan satu penanda aras dari segi penggunaan bahan api dan emisi. Penjimatan bahan api ditingkatkan lagi dengan mode ECO PRO yang boleh dipilih menggunakan suis Driving Experience Control.

Satu lagi komponen penting dalam mengurangkan emisi CO2 ialah transmisi Steptronic lapan kelajuan baharu bersama sistem navigasi. Sistem rangkaian kuasa jangkaan tambahan ini boleh diaplikasikan untuk mengurangkan lagi penggunaan minyak dan emisi.

BMW 3 Series telah menjadi penanda aras dari segi dinamik pemanduan bergenerasi lamanya. Selaku contoh terbaik dalam aspek sporty, kelincahan dan pengalaman pemanduan dinamik, BMW 3 Series baharu memiliki suspensi yang lebih keras, terima kasih kepada talaan terbaik sistem peredamnya. Hasilnya, ia memberikan sistem stereng yang tepat dan lebih sensitif dengan maklum balas daripada permukaan jalan. Chasis yang telah ditambah baik secara keseluruhan itu juga menawarkan pengalaman pemanduan lebih dinamik. Keupayaannya ketika mengambil selekoh turut ditingkatkan, pada masa sama mengekalkan keselesaan yang tiada tandingannya.

Ciri sporty BMW 3 Series baharu boleh dijelaskan lagi menerusi suspensi M Sport yang dipasang pada varian BMW 320i M Sport dan BMW 320d M Sport baharu. Manakala Suspensi Adaptive M Suspension digunakan pada BMW 330i M Sport serba baharu.

bmw_3-series_8

Ruang dalaman: material berkualiti tinggi,  ergonomik terbaik

Ruang kabin BMW 3 Series baharu sememangnya menyerlahkan garis-garis yang dinamik dan elegan rangkaian model sporty ini. Kokpit yang berorientasikan kepada pemandu sudah menjadi ciri signatur BMW. Ia menawarkan akses optimum kepada semua fungsi penting pemanduan.

Tahap ergonomik BMW 3 Series baharu yang luar biasa ditingkatkan lagi dengan kemasan krom pada suis kawalan dan corong pendingin hawa. Sementara permukaan yang berkilat pada konsol tengah kelihatan semakin mewah. Dengan pilihan pakej pencahayaan dalaman, lampu ambien akan dipasang di bahagian atas butang kawalan pada konsol tengah.

Ruang meletak botol minuman yang lengkap dengan penutup pada konsol tengah menambah satu lagi ciri praktikal kepada BMW 3 Series baharu. Kunci tali pinggang keledar yang diletakkan di bahagian tengah mengurangkan masalah “tenggelam”, selain membuatkan tugas memasang tempat duduk kanak-kanak menjadi lebih mudah.

bmw_3-series_5

BMW ConnectedDrive: ketersambungan optimum dan sistem bantuan pemandu pintar

BMW telah menetapkan standard dalam aspek ketersambungan di antara manusia, kereta dan dunia luar sejak sekian lama. Di dalam BMW 3 Series baharu, BMW ConnectedDrive membuktikan keupayaannya sekali lagi dengan ciri keselamatan, keselesaan dan infotaimen yang mengagumkan.

Navigation System Professional generasi terkini pada BMW 320d dan BMW 330i M Sport serba baharu menawarkan start-up, pengiraan laluan pantas dan visualisasi 3D yang lebih realistik di kawasan urban. Head-Up Display warna penuh dan beresolusi tinggi juga ditawarkan sebagai satu ciri standard pada BMW 330i M Sport serba baharu. Paparan ini  memaparkan semua maklumat penting seperti kelajuan, arahan navigasi, had pecutan dan banyak lagi pada posisi pandangan pemandu yang optimum.

Satu ruang SIM kad pada kenderaan membolehkan pelanggan menikmati ketersambungan dan akses optimum kepada rangkaian perkhidmatan BMW ConnectedDrive tanpa memerlukan telefon pintar.  Concierge Service misalnya membolehkan pemandu memilih lokasi pilihan seperti restoran atau hotel ketika memandu. Mereka boleh membuat tempahan jika mahu dan menghantar arahan navigasi untuk ke destinasi yang ingin dituju.

Satu lagi ciri standard pada BMW 3 Series baharu iaitu Intelligent Emergency Call memastikan keselamatan maksimum di atas jalan raya. Sekiranya beg udara diaktifkan dalam kemalangan, sisten ini akan menggunakan kad SIM binaan dalam untuk menghantar maklumat keseriusan kemalangan, potensi risiko kecederaan penumpang dan lokasi kenderaan ke Pusat Panggilan BMW secara automatik. Maklumat ini kemudian akan digunakan untuk mengatur maklum balas kecemasan yang sebaik mungkin dan Pusat Panggilan terus berhubung dengan mangsa sekiranya perlu. Fungsi panggilan kecemasan secara manual pula membolehkan bantuan diberikan kepada pengguna jalan raya lain yang memerlukannya.

Ciri tambahan Services & Apps yang ditawarkan pada BMW 3 Series baharu termasuklah BMW Online Office. Ia menggunakan kad SIM untuk membolehkan penumpang membaca, menulis dan menghantar e-mel dari dalam kenderaan. Portfolio aplikasi dan perkhidmatan BMW ConnectedDrive turut merangkumi aplikasi telefon pintar seperti Audible, Deezer, GoPro dan Spotify.

BMW 318i Luxury Line serba baharu hadir dalam warna putih (Alpine White), hitam (Black Sapphire), kelabu (Mineral Grey), biru (Imperial Blue) dan perak (Platinum Silver). BMW 320i Sport Line didatangkan dalam warna putih (Alpine White), kelabu (Mineral Grey), perak (Glacier Silver), merah (Melbourne Red) dan biru (Mediterranean Blue). Sementara BMW 320i M Sport, BMW 320d M Sport dan BMW 330i M Sport serba baharu tampil menawan dalam warna putih (Alpine White), hitam (Black Sapphire), kelabu (Mineral Grey), perak (Glacier Silver) dan biru (Estoril Blue). Pilihan warna upholsteri kulit Dakota pula termasuklah hitam (Black), coklat (Saddle Brown) dan hitam (Oyster/Black).

BMW 3 Series baharu ini akan berada di semua pengedar sah BMW di seluruh Malaysia bermula daripada 21 November 2015.

 bmw_3-series_10

Harga runcit di atas jalan tidak termasuk insurans dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama Lima Tahun dan Program Penyelenggaraan Berjadual Percuma yang terbaru daripada BMW Malaysia untuk BMW 3 Series baharu adalah:

 

                        BMW 318i Luxury Line         –           RM 208, 800.00

                        BMW 320i Sport Line           –           RM 238, 800.00

                        BMW 320i M Sport                –           RM 258, 800.00

                        BMW 320d M Sport              –           RM 268, 800.00

                        BMW 330i M Sport                –           RM 308, 800.00

 

bmw_3-series_7

 

Previous post

Auto Bavaria Grand Finale, Masa Untuk Menjadi Pemilik BMW

Next post

Akademi Latihan Hyundai Dibuka Semula Di Facility Yang Telah Dipertingkatkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *