Berita Auto

Scania Malaysia Buka Pusat Khidmat Di Kuala Terengganu

Scania (Malaysia) Sdn. Bhd. merasmikan pusat khidmat yang baru di Kuala Terengganu untuk perkukuhkan perkhidmatan yang diberikan kepada semua pelanggannya di kawasan Pantai Timur. Kini mereka boleh menghantar trak, bas dan koc serta peralatan marin, perusahaan dan penjana tenaga Scania ke sana untuk kerja penyelenggaraan.

Pic 2

“Pembukaan pusat servis Scania Malaysia Kuala Terengganu ini mencerminkan usaha berterusan kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada semua pelanggan Scania demi menjana keuntungan terbaik bagi negeri, kawasan dan negara keseluruhannya,” kata Marie Sjödin Enström, Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara.

Scania Malaysia Kuala Terengganu merupakan pusat perkhidmatan lengkap antara 10 buah semuanya yang terletak di seluruh Malaysia.

Pic 1

Pusat khidmat dengan keluasan 3,759.18 meter persegi tersebut terdiri daripada 3 petak penyelenggaraan dan satu pit. Pusat ini diselenggarakan oleh juruteknik, penasihat dan pegawai komponen yang bertauliah dari Scania. Melalui bantuan daripada Pusat Komponen Asia di Singapura, bahagian peralatan yang asli Scania dapat dibekalkan. Perkhidmatan Scania Assistance juga boleh didapati 24 jam, tujuh hari seminggu di pusat ini melalui talian 1800-08-8500. Sebuah van servis yang baru turut dibekalkan di pusat ini untuk melengkapi angkatan kenderaan penyelenggaraan yang tersedia di seluruh negara.

CSW_3221

Pusat baru ini diketuai oleh Wan Noaimadudin bin Wan Mohamad Kamal (Aiman). Selaku Pengurus Cawangan, beliau memegang Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dari UiTM dan telah bertugas di Scania Malaysia dan Pusat Produk Kawasan Scania selama lima tahun. Beliau berkhidmat di bawah seliaan Chandra Rajan, Pengurus Kawasan Pantai Timur.

Kini semua pelanggan Scania di Terengganu dapat menikmati perkhidmaan penyelenggaraan yang pelbagai untuk membantu perniagaan mereka berkembang maju. Khidmat Kontrak Scania juga dibekalkan di pusat ini seperti juga di semua pusat-pusat Scania yang lain. Tambahan lagi pelanggan Scania boleh mendapat khidmat kredit melalui Scania Credit (Malaysia) Sdn. Bhd. Dengan melanggan kepada Scania Connected Services – yang merangkumi Pengenalan Kenderaan, Latihan Pemandu, Panduan Pemandu, Sokongan Pemandu dan Scania Fleet Management – semua pelanggan Scania boleh menikmati prestasi unggul daripada aset mereka.

CSW_3241

Sempena majlis pelancaran pusat tersebut, Scania mengadakan acara penghantaran trak dan koc baru kepada pelanggannya.

Agensi Pelancungan & Adik-Beradik menerima 2 unit bas K360IB4x2 dan Suwara Travel & Tours Sdn. Bhd. menerima satu unit model yang sama. Sementara itu, Syarikat Pengangkutan Bumi Pantai Timur Sdn. Bhd. mendapat kunci kepada 2 unit bas K410IB4x2– semuanya melalui skim pembiayaan Scania Credit.

Pic 7

Sentosa Jaya menerima 2 unit trak G460CA6x4EHZ dengan Retarder dan Yusri Maju menerima satu unit P410LA6x2MNA dengan Opticruise pada hari yang sama.

“Negeri Terengganu membuka peluang pembangunan yang baik kepada operasi kami di Pantai Timur. Kebanyakan pelanggan kami di sini menceburi bidang minyak dan gas asli, pelancongan dan pertanian yang sedang berkembang pesat di rantau ini. Scania Malaysia mengambil kesempatan ini untuk meluaskan liputan produk dan perkhidmatan kepada para pengusaha di sini demi memajukan ekonomi negeri Terengganu. Pelanggan kami, prioriti kami,” kata Marie.

Pic 5

Previous post

Fokus RS Akan Lebih Kuasa Daripada Anggaran

Next post

Tempahan Nissan NP300 Navara Serba Baharu Kini Dibuka. Dari RM85,000

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *