Gaya Hidup

Pusat Toyota 2S Baru di Pandan Indah

UMW Toyota Motor telah secara rasminya membuka Pusat 2S di Pandan Indah, Selangor. Dikendalikan oleh peniaga yang diberi kuasa, Wing Hin Motor Sdn Bhd, Pusat 2S menawarkan pelbagai perkhidmatan lepas jualan yang termasuk servis dan alat ganti.

Wing Hin 04 IMG_4972

Kemudahan yang melebihi 38800 kaki persegi terletak di Lot 63993, Off Jalan Pandan Indah, Kawasan Perindustrian Ringan, Ampang Baru Tambahan, 68000 Ampang, Selangor, bersedia untuk menyampaikan pengalaman pemilikan Toyota untuk pelanggan  yang berhampiran di Pandan Indah dan sekitar Ampang.

 

Antara kemudahan di pusat perkhidmatan baru termasuk lebih daripada 20 work bays yang boleh menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 100 kenderaan setiap hari. Pusat perkhidmatan juga menempatkan lebih daripada 30 personel pelbagai tanggungjawab sedia berkhidmat untuk pelanggan Toyota.

 

Wing Hin 02 IMG_5004

 

Pelanggan yang sedang menunggu untuk kereta mereka diservis boleh berehat di lounge moden dengan kemudahan termasuk wifi percuma. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan perkhidmatan dan untuk membuat temujanji, hubungi Wing Hin Motor Sdn Bhd, Pandah Indah di 03-4291 8333 atau layari laman www.toyota.com.my untuk maklumat lanjut.

Wing Hin 03IMG_4940

Previous post

Switzerland Mengharamkan Kereta Diesel Volkswagen

Next post

NAZA World Auto-Mania Kembali Pada Oktober 2-4, 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *