Berita Auto

Mitsubishi ASX Dipertingkatkan Kini Bermula Kurang Dari RM105,000

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, secara rasmi memperkenalkan  2015 Mitsubishi ASX yang telah dipertingkatkan hari ini. Pelanggan kini boleh memiliki sebuah SUV kompak pemenang anugerah dengan harga bermula daripada RM104, 791,87 keatas dengan pengenalan varian baru, ASX 2WD GL. Ini adalah tambahan kepada varian semasa ASX 2WD dan 4WD. ASX 2WD berharga RM 112,571.39 dan ASX 4WD berharga RM125, 040.67 (tanpa insurans, termasuk GST untuk pendaftaran swasta di Semenanjung Malaysia).

Enhanced interior

Mitsubishi ASX dikuasakan oleh enjin MIVEC 2.0 liter dengan kuasa 150 PS dan 197 Nm tork.

Sempena Ulang Tahun ke-10 MMM di Malaysia, MMM memberi ganjaran kepada pelanggan dengan rebat tunai tambahan sehingga RM 12,000 * untuk model terpilih.

Bukan itu sahaja; pemilik Mitsubishi semasa berpeluang untuk menikmati tawaran tunai tambahan apabila mereka menempah mana-mana model Mitsubishi baru dari sekarang hingga 31 Mac 2016. Terma dan syarat.

 

Previous post

VW Passat Yang Dikemaskini Mengikut Spec-AS Banyak Perubahan

Next post

Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen, Winterkorn Letak Jawatan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.