Gaya Hidup

Lotus Evora 400 Baharu Menyinar Malam Malaysia 2015 di London

Untuk tahun ke-6, London menjadi tuan rumah acara yang paling meriah dan penting bagi budaya Malaysia di UK. Pada hari Jumaat 18 September dari tengah hari hingga 10 malam, Trafalgar Square menjadi sebuah pasar terbuka untuk meraikan budaya Malaysia dan campuran meriah muzik, makanan dan hiburan. Sebagai sebahagian daripada Kumpulan DRB-HICOM, salah satu konglomerat terkemuka di Malaysia, Lotus memperbaharui penyertaannya dalam acara itu bagi tahun kedua berturut-turut, selepas kehadiran yang berjaya pada 2014.

Lotus Evora 1

Model baru dari Lotus mempertingkatkan lagi acara itu sebagai sebahagian daripada paparan yang memberangsangkan di North Terrace, di hadapan National Gallery, menghadap ke Trafalgar Square. Pelawat telah dijemput untuk duduk di dalam kereta bina tangan, mengalami suasana yang tersendiri dan mengagumi butiran buatan tangan dalam kabin. Disokong oleh peniaga Lotus London, Hexagon, pihak yang berminat juga berpeluang untuk bertanya mengenai tempahan ujian memandu dan mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana mereka mungkin memiliki sebuah kereta sukan Lotus, produk ikonik Norfolk, England.

Lotus Evoar

 

Previous post

Honda Malaysia Umum Update Generasi 4 CITY Dan Generasi 3 JAZZ

Next post

Alfa Romeo Giulietta Sprint Speciale

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *