Berita Auto

Saab Motor & Pemiliknya Donfeng Motor Akan Bina Kereta Hijau

Dongfeng Motor dari China dan National Electric Vehicle Sweden (NEVS), yang telah membeli aset dari Saab Automobile akibat muflis pada tahin 2012, telah menandatangani satu perjanjian bersama untuk membangunkan kereta hijau, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh VEVS hari ini.  Pihak NEVS berkata projek ini akan memfokus khusus kepada ‘kenderaan tenaga baharu’, terma yang digunakan di China bagi merujuk kepada kenderaan hibrid elektrik dan plug-in. 

Perjanjian ini juga dapat membantu Dongfeng untuk menjual kereta jenama sendiri melalui rangkaian NEVS pengedar di Eropah dan di U.S, dan juga untuk memenuhi keperluan teknikal dan undang undang Eropah, menurut kenyataan iitu lagi.

Perjanjian ini adalah satu lagi langkah hadapan untuk NEVS selepas masalah kewangan yang dihadapi mereka yang menyebabkan produksi kereta Saab terhenti di Sweden pada tahun lepas dan pertikaian penggunaan nama jenama tersebut oleh pihak pembela kontraktor Saab AB, di mana Saab Automobile ditubuhkan pada tahun 1990. 

Perjanjian ini juga membenarkan kilang NEVS di Tianjin, China, untuk merangka rangkaian pembekal Dongfeng besar besaran.  Pihak NEVS berkata pada Jun lalu bahawa kerja kerja pembinaan kilang telah bermula dengan potensi kapisiti sebanyak 200,000 kereta, dan pusat penyelidikan dan pembangunan, dengan dua orang rakan kongsi dari China yang akan melabur sebanyak 1.2 bilion yuan.

Dongfeng juga telah mengambil 14% pegangan saham dalam PSA/Peugeot-Citroen dan kerjasama di China dengan Nisaan, Honda dan Kia.

saab-9-3-aero

Previous post

Facelift Land Cruiser Terungkap

Next post

Cara Sembunyikan Kereta Anda Dari Pencuri

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *