Gaya Hidup

Model Baharu Lexus ES Bakal Membawa Lexus Malaysia Meraih Kejayaan Lebih Besar

Lexus Malaysia mengukuhkan barisan modelnya hari ini dengan pengenalan Lexus ES yang dipertingkatkan. Dianggap sebagai satu daripada model Lexus yang paling diimpikan dengan penggayaan elegan, ruang yang luas serta meneraju segmen kereta mewah, Lexus ES telah menikmati kejayaan mengagumkan sejak diperkenalkan pada 2013.

ES 250 Luxury-3-Quarter Front View

Lexus ES baharu bakal meneruskan kisah kejayaannya dengan pelbagai penambahbaikan tanpa menghapuskan ciri paling pentingnya – kemewahaan yang tiada tandingan. Peningkatan terbesar kepada ES baharu ini ialah di bahagian luaran kereta di mana jeriji beralun tanda dagang Lexus yang baru, dapat membezakan kereta baharu ini daripada yang lama.

ES 250 Luxury-Interior

Bagi memenuhi standard tinggi pasaran di Malaysia, Lexus Malaysia menawarkan tiga varian ES baharu ini. Mereka ialah; ES250 Premium, ES250 Luxury dan ES 300h yang dijana oleh Sistem Pemanduan Hibrid Lexus, kini didatangkan dengan waranti bateri hibrid selama 8 tahun bagi ketenangan minda.

ES 250 Luxury-Interior Side View

Antara penambahbaikan yang dilakukan ke atas ES baru ialah rupa hadapan dengan ciri keselamatan yang lebih baik seperti Paparan Sudut Buta dengan Pengawasan Trafik Melintas di Belakang, Bantuan Mula di atas Permukaan Berbukit dan lampu hadapan LED.

Amber Rear Legroom Space

Ruang dalaman ES baru juga telah dipertingkatkan bagi mengenengahkan imej kualiti dan keanggunan. Perapi Birdseye Maple Wood kini adalah standard pada semua varian, dan menyerlahkan rasa mewah berkualiti tinggi Lexus ES.

10 SRS Airbags

Bercakap pada majlis pelancaran Lexus ES, Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor berkata, “Kami yakin Lexus ES baharu akan lebih menonjol kepada ramai audien berbanding sebelum ini. Sejak pelancaran di peringkat global, ES baharu telah mencetuskan gelombang di banyak negara dengan jualan yang sungguh mengalakkan.  Saya juga yakin bahawa ES baru ini akan diterima dengan baik di negara ini.”

Front Seat Ventilation(1)

“Lexus Malaysia telah menjual lebih daripada 1000 kenderaan setakat Julai 2015, dan ia telah menaikkan kedudukan kami ke tangga ketiga dalam jualan Kenderaan Mewah tempatan,” kata beliau.

3-zone Air Conditioning & Rear Armrest Control Panel

”Tempahan bagi Lexus ES baharu telah bermula pada akhir Julai 2015 dan lebih daripada 100 unit tempahan diterima, dengan varian ES 250 Luxury merupakan yang paling popular. Kami menyasarkan untuk menjual sebanyak 750 unit ES menjelang akhir tahun ini dan kami yakin untuk mencapai sasaran jualan Lexus sebanyak 2,200 unit bagi 2015,’’ tambah Datuk Ismet.

Driver Cushion Length Adjuster

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi, UMW Toyota Motor, En. Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi, UMW Toyota Motor, En. Vince Socco, Pengurus Besar Projek, Toyota Motor Corporation dan En. Paul Carroll, Naib Presiden, Bahagian Asia Pasifik Lexus.

Optitron Meters with 4.2-inch MID

Harga bagi Lexus ES baru dengan GST, tanpa insurans bagi Pendaftaran Persendirian Individu adalah dari RM259,200 hingga RM356,000.  Sila rujuk senarai harga yang dilampirkan.

Rear Cross Traffic Alert

Lexus ES baru kini boleh didapati di rangkaian pengedar Lexus di seluruh negara.  Untuk keterangan lebih lanjut, layari Lexus.com.my atau hubungi talian tol free kami  1800 88 53987.

Tire Pressure Warning System

ES 250 Luxury-3-Quarter Rear View

Previous post

Volkswagen Raikan 40 Tahun Polo

Next post

Audi A6 Sedan Terbaru: Watak Utama Terkini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *