Cerita Auto

Mini Roadster, Coupe & Paceman Akan Diberhentikan

Ahli lembaga BMW yang bertanggungjawab bagi jenama Mini, Peter Schwarzenbauer, mengecilkan barisan mini kepada hanya 5 model. Beliau baru sahaja mengesahkan bahawa beliau akan menamatkan model yang tak laku yaitu Roadster, Coupe dan Paceman. Schwarzenbauer mengakui bahawa langkah itu adalah kontroversi kerana ia bertentangan dengan kepercayaan yang lebih banyak model bermakna lebih banyak volume.

mini_coupe

Secara keseluruhan, industri auto selalunya cenderung kepada lebih banyak dan lebih khusus bermakna menjana jualan yang lebih besar. Mini adalah satu jenama yang akan membuktikan sebaliknya juga boleh berkesan.

MINI-Paceman

Adalah penting bahawa model ditakrifkan dengan jelas dan pelanggan Mini tahu apa maksud setiap model. Pelbagai jenis varian berbeza tidak masuk akal dalam pasaran semasa. Mini akan menumpukan kepada lima model teras.

mini-roadster

 

Previous post

Nissan Cerita Tentang Tukang Mahir Mereka

Next post

Truck Hyundai Santa Cruz Diiktiraf Untuk Design & Market Appeal

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *