Lotus Perkenalkan Exige S Otomatik Kepada Malaysia
Menawarkan penglibatan paddle-shift manual dengan kemudahan seperti otomatik.

Exige S Automatic datang dengan transmisi 6-kelajuan yang dibuat khusus mengikut karektor sporty dari Exige.

Dengan gabungan anjankan gear yang lancar dan intuitif dengan tindakbalas enjin dan ekzos, Exige S Automatic memberikan pemandunya pengalaman keseronokan pemanduan yang tulen.

Exige S dengan transmisi otomatik sama pantas seperti manual di litar uji Hethel dan boleh mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat. 0.1 saat lebih pantas dari Exige manual.

Kotak gear otomatik boleh dipasang pada model Exige S Coupe dan Exige S Roadster tetapi anda perlu membuat bayaran tambahan untuk naik taraf ini.

Harga bermula dari RM427,777 dan anda boleh melihat sendiri kereta ini pada 9 Ogos di Ground Floor, Garden atau bolik pameran Lotus di Jalan Damansara.





No Comment