Gaya Hidup

Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup Ford Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Dalam Kalangan Pemandu Muda 

Ford Motor Company meneruskan kempen Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup (DSFL) di Malaysia menerusi satu siri bengkel. Bengkel yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai teknik pemanduan selamat itu dilaksanakan dengan satu sesi di Taylor’s University Lakeside Campus pada 22 Ogos lalu.

Bengkel DSFL Ford yang memakan masa selama setengah hari dan secara percuma itu memberi penekanan terhadap pentingnya kemahiran pemanduan selamat dalam kalangan pemandu di Malaysia.

Photo 2 - Ford DSFL

“Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup direka untuk melengkapkan orang ramai dengan kemahiran yang mereka perlukan demi menjadi pemandu yang lebih baik dan selamat. Keselamatan jalan raya merupakan satu isu yang serius. Kami rasakan bahawa sudah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu menyampaikan mesej ini kepada pemandu di Malaysia, terutama golongan muda,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman.

Menurut laporan Status Global Pertubuhan Kesihatan Dunia mengenai Keselamatan Jalan Raya, kematian jalan raya di Malaysia bagi setiap 100,000 orang populasi adalah antara yang paling tinggi  di ASEAN. Sementara angka daripada Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa secara puratanya seramai 18 orang terbunuh di jalan raya pada setiap hari. Angka itu dijangka meningkat kepada 29 orang menjelang tahun 2020.

Photo 6 - Ford DSFL

Program Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup bermatlamat mendidik para pemandu tentang kemahiran yang praktikal dan sepatutnya diketahui untuk memandu secara selamat. Ia dapat membantu mengurangkan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan trafik. Latihan DSFL melibatkan sesi teori di dalam bilik darjah dan pemanduan amali bagi membolehkan peserta mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari.

Sebagai tambahan kepada kandungan utama program, penekanan terhadap bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol juga diadakan pada tahun ini. Ini termasuklah memberi peluang para peserta memakai peralatan yang direka khas untuk membantu meniru pengalaman ketika pergerakan, koordinasi dan kepekaan menjadi terhad.

Photo 5 - Ford DSFL

“Secara keseluruhannya, pengalaman ini cukup menyeronokkan. Terutama apabila latihan memandu. Kebanyakan daripada kita fikir kita tahun tentang kemahiran memandu. Sedangkan realitinya masih banyak yang perlu kita belajar. Jika saya perlu untuk mengelak kemalangan, saya rasa lebih yakin sekarang kerana sudah mempunyai kemahiran sewajarnya,” kata salah seorang peserta yang juga pelajar Taylor’s University Lakeside Campus, Jaclyn Hwang.

DSFL merupakan program utama tanggungjawab korporat sosial (CSR) global Ford. Di Asia, Ford DSFL telah dilaksanakan dengan jayanya untuk melatih pemandu yang sudah mempunyai lesen dari semua peringkat umur selama lapan tahun. Selain Malaysia, latihan DSFL turut diadakan di China, India, Indonesia, Myanmar, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Photo 4 - Ford DSFL

“Sebagai sebuah syarikat global yang kukuh di Malaysia, kami amat komited terhadap usaha memupuk kesedaran mengenai  keselamatan jalan raya dalam kalangan pemandu demi membantu mengurangkan jumlah kematian. Sekali gus menjadikan jalan raya lebih selamat buat para pemandu, penunggang dan pejalan kaki,” tambah Westerman.

Menjelang akhir tahun 2015, Ford DSFL bakal melatih lebih 150,000 orang dan ratusan ribu lagi menerusi latihan secara dalam talian, program-program di sekolah dan kempen pemanduan selamat di 32 buah negara.

Photo 3 - Ford DSFL

Previous post

Nissan Generasi 'Z' Akan Datang Dijangka Membosankan

Next post

Gambar Hari Ini - Honda Civic Si 1984, Pocket Rocket

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *