Konsep / Lakaran / Intipan

Thailand Akan Membina Kereta Sports Asia Tenggara Yang Pertama ?

Thailand, ya THAILAND, bukan Malaysia, baru sahaja menyebarkan 3 imej teaser sebuah kereta sport yang akan datang. Dan sebelum anda menganggap ini, kereta asing, kejuruteraan asing, pertimbangkan ini. Ia telah direka oleh bakat tempatan Thailand, Jennarong Muengtaweepongsa, yang mengetuai syarikat yang bertanggungjawab, VanaticalDesign.

11064409321053464111-1

Petikan kata-kata yang tepat daripada syarikat ini ialah: “Kami di sini untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Thailand boleh menghasilkan bukan sahaja sebuah kereta yang menakjubkan, tetapi karya seni dan kejuruteraan yang menakjubkan dan dari negara yang tak disangka-sangka.”

Itulah keghairahan dan keyakinan yang sebenarnya. Imej-imej diambil dari sudut yang sama dan kelihatan seperti pentafsiran gambaran 3D dan bukannya kenderaan sebenar. Walau bagaimanapun, mereka kelihatan agak menakjubkan.

Untuk prebiu gaya reka bentuk VanaticalDesigns , sila ke laman web mereka, http://www.vanaticaldesign.com/

367688977786684105

Common Malaysia. Kita boleh. Dah lama berjanji tetapi belum di tepati.

 

 

Previous post

Kereta Q Kembali. Treler Terbaru SPECTRE Sudah Tiba

Next post

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW S 1000 XR dan BMW R 1200 RS Baharu.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *