Gaya Hidup

PLUS Menawarkan Rebat Tol Sehingga 50 Peratus Hari Raya Ini

PLUS menawarkan rebat tol sehingga 50 peratus kepada orang ramai yang membayar tol secara elektronik di lebuh raya PLUS pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.
CIyDHXvUMAAjP4I
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid berkata, “Rebat tol tersebut ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada Hari-Hari Bukan Puncak iaitu 13, 14, 15, 21, 22 dan 23 Julai bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ia boleh dinikmati oleh pengguna yang menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jarak jauh iaitu melebihi 100 kilometer pada hari-hari tersebut.”
Menurut Noorizah, rebat tol sebanyak 50 peratus diberikan kepada orang ramai yang membayar tol secara elektronik menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG pada 13 dan 23 Julai. Manakala rebat tol sebanyak 40 peratus pula diberikan untuk pembayaran tol secara elektronik pada 14 dan 22 Julai. Sementara itu, rebat tol 30 peratus pula diberikan kepada orang ramai membayar tol secara elektronik pada 15 dan 21 Julai akan datang.
CIxM5gvUkAAjks5
Pemberian rebat tol ini adalah salah satu daripada strategi PLUS untuk mengagihkan trafik serta menggalakkan orang ramai bergerak pulang ke kampung sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kembali ke bandar selepas berhari raya pada Hari-hari Bukan Puncak. Ia juga merupakan penghargaan kami kepada orang ramai yang terus menyokong perkhidmatan rangkaian lebuh raya kami.
PLUS akan turut mengambil pelbagai langkah lain untuk membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa pada musim perayaan yang akan datang. Ia termasuklah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan lain-lain lagi.
CIlbvobUMAAerq-
“Butiran lanjut berhubung strategi-strategi syarikat ini menghadapi pertambahan trafik akan dihebahkan kepada media pada satu taklimat dan sidang media khas,” tambah Noorizah.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di 1800 88 0000.
CJGr1UmUAAAyET4
Previous post

Volkswagen Golf Mk6 GTI Melihat Program yang Bagus, Dari ABT

Next post

Produksi Civic Type R di UK Bermula

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *