Gaya Hidup

Pemeriksaan 30 Perkara Percuma Untuk Pemilik Proton Raya Ini

Para pelanggan boleh menikmati pemeriksaan percuma ini di kesemua Pusat Perkhidmatan Proton di seluruh negara. Pemeriksaan 30 perkara termasuk cek tahap cecair, bateri, bilah pengelap, penutup radiator, operasi pedal, sistem suspensi, sistem linkage steering and ball joint , sistem penyejukan, bahan api dan sistem brek dan juga tekanan angin tayar (termasuk tayar ganti). Pelanggan juga akan diberi konsultasi percuma mengenai enjin dan penyelenggaraan kereta, dididik bagaimana untuk membezakan alat ganti dengan yang palsu dan juga menikmati diskaun ke atas alat ganti dan promosi lain.

Proton-inspira_1_1920x1200

Untuk pelanggan-pelanggan  yang tidak dapat membawa kereta mereka ke pusat perkhidmatan, seminggu sebelum cuti Hari Raya, PROTON akan memperluaskan pemeriksaan 30 perkara percuma ini kepada pemilik Proton di stesen-stesen Petronas terpilih. Pelanggan yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan pemeriksaan percuma ini juga akan membawa pulang beg cenderahati setiap seorang.

SAGA_EXEC

Program ini, yang dianjurkan bersama Petronas akan diadakan pada 09-15 Julai 2015, 03:00-7:00 di stesen-stesen Petronas yang berikut:

  • Kawasan Pusat (9, 10 dan 11 Julai 2015) Petronas KM 15.3, Stesen Damansara NKVE.
  •  Lebuhraya Utara-Selatan (13, 14 dan 15 Julai 2015) Petronas Juru, Pulau Pinang.
  • Kawasan Pantai Timur (13, 14 dan 15 Julai 2015) Petronas Tok Giring, Terengganu.
  • R & R Lebuh Raya Pantai Timur, Gambang, Pahang.
  •  Kawasan Selatan (13, 14 dan 15 Julai 2015) Petronas Stesen Seremban, Negeri Sembilan.

Pelanggan dinasihatkan memanggil Talian Khidmat Pelanggan mereka 1800 888 398 atau e-mel kepada customercare@proton.com untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.

Proton-Iriz

 

 

Previous post

Pengeluaran Lotus Evora 400 Bermula, Penghantaran Bulan Depan

Next post

Range Rover Evoque, Masih Pemimpin Segmen

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *