Gaya Hidup

Marie Sjödin Enström Dilantik Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara Yang Baru

Scania CV AB hari ini melantik Marie Sjödin Enström yang berpengalaman luas sebagai Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara yang baru.

Dengan pelantikan itu, beliau menggantikan James Armstrong yang telah memenuhi tempoh lima tahun dalam jawatan tersebut untuk mengambil alih jawatan Pengarah Urusan Kawasan Eropah Tengah Scania, yang berpusat di Prague, Republik Czech.

Marie yang berasal dari Sweden memulakan kerjayanya di Scania pada 1984. Sebelum ini beliau bertugas sebagai Pengarah Urusan Scania Assistance di Scania CV AB, Sweden. Selaku ketua global, beliau pernah memimpin lapan pusat di Eropah dan Amerika Latin.

Lebih awal daripada itu, Marie merupakan Ketua Pegawai Kewangan di Scania Australia yang bertanggungjawab ke atas semua aktiviti kewangan, pimpinan korporat, insuran dan kawalan kewangan, selain bertugas sebagai Naib Pengarah Urusan. Marie yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak, berhasrat untuk memanfaatkan segala kesempatan yang terbuka di rantau ini dalam jawatan baru ini.

“Saya ingin mengemudikan Scania Asia Tenggara ke arah mengekalkan posisinya sebagai peneraju industri trak dan bas di rantau yang kaya dan pesat membangun ini. Saya yakin dengan model penyelesaian lengkap Scania yang terbukti berkesan, kami akan mengoptimalkan mutu produk dan perkhidmatan demi meningkatkan keberuntungan pelanggan.”

Pengalaman beliau dalam pelbagai jawatan tinggi merentasi beberapa negara akan memberi faedah besar kepada pasukan Scania Asia Tenggara yang mengawal pasaran milik penuh di Malaysia dan Singapura, dan memimpin perniagaan bebas dan aktiviti pengedaran di pasaran eksport seperti Myanmar, Philippines, Brunei, Vietnam, Cambodia and Laos. Ahli pasukannya akan menegakkan Nilai-Nilai Teras Scania – mengutamakan pelanggan dan menghormati setiap individu dan memberi layanan berkualiti – demi menyampaikan produk dan perkhidmatan Scania yang terbaik untuk semua pelanggannya.

Marie melangkah ke rantau ini tepat pada masanya. Scania Assistance Malaysia dan Singapura yang dimantapkan dan baru dilancarkan akan membekalkannya data dan sistem kawalan untuk memantau status kes-kes pelanggan dari pangkal ke hujung supaya mereka dapat diberikan petua terbaik untuk menguruskan kenderaan masing-masing.

Turut dilancarkan, Scania Fleet Management untuk membantu pelanggan mendapat kawalan kos terbaik bagi aset mereka. Pelanggan Scania diberi pelbagai nilai tambahan – semua kenderaan baru ditawarkan penyelenggaraan percuma selama dua tahun, perkhidmatan Scania Assistance untuk dua tahun dan Scania Fleet Management untuk 10 tahun!

Juga, buat kali pertama di Malaysia, Scania telah memperkenalkan koc lengkap Scania Marcopolo “First Class” dan barisan Trak Pembinaan Scania yang “Fit for Tough Work”.

Tambahan lagi, pusat penyelenggaraan Scania di Pelabuhan Kelang, Malaysia, akan diperluas tidak lama lagi. Pusat penyelenggaraan baru pula akan dibina di Kuala Trengganu, Malaysia, dan Benoi, Singapura, untuk meluaskan rangkaian perkhidmatan dan sokongan operasi pelanggan di seluruh rantau ini.

Scania tidak lupa akan komitmennya untuk meningkatkan status pemandu di Malaysia dan Singapura dari segi penjagaan keselamatan dan keberkesanan penggunaan bahan api melalui anjuran Pertandingan Pemandu Scania dua tahun sekali.

Menurut Marie, “Pelanggan kami di negara dan rantau ini kini lebih mengutamakan ekonomi operasi total. Pelanggan mereka pula mengutamakan keselamatan, keselesaan dan kebolehpercayaan. Saya penuh yakin Scania dan pelanggannya akan membangunkan perniagaan mampan dengan pelbagai solusi yang ditawarkan oleh kami itu.”

Previous post

Bernama - Harga Minyak Naik Lagi - Julai 2015

Next post

VW Group Akan Berpecah Kepada Empat Syarikat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *