Berita Auto

Lexus IS Mendapat Enjin Baharu Tetapi Rupa Serupa Untuk 2016

Lexus mengemas kini  enjin tetapi akan kelihatan lebih kurang sama pada tahun 2016. Turbo 2.0 liter yang sekarang ini digunakan oleh NX 200t Crossover dan lain-lain model Toyota dan Lexus akan diperkenalkan sebagai enjin model asas ini. IS 200t mendapat 241 bhp dan 349 Nm tork yang dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik lapan kelajuan. Tiada opsyen manual sini atau mana-mana dalam julat ini.

Lexus-IS-6

Bagi mereka yang lebih suka powerplant-beraspirasi semulajadi ada IS 300 juga. Yang ini output 14bhp  lebih kuasa tetapi menjana tork yang kurang sedikit, 319Nm dihantar melalui sistem pacuan empat roda menerusi transmisi 6-kelajuan.

Lexus-IS-1

Akhir sekali, yang paling top rangkaian ini ialah model IS 350, satu-satunya yang telah dijual pada tahun 2015, mengekalkan enjin berkuasanya dengan 3.5 liter V6, 306 bhp dan 375 Nm tork. Lapan kelajuan Sports Direct Shift  boleh digunakan dengan sama ada roda belakang atau all-wheel drive.

Lexus-IS-3

Lexus juga telah menambah optional ‘Premium Plus Pakej’ yang menambah barangan seperti wipers auto dan pelarasan kuasa untuk tilt / teleskopik ajuster roda stereng.

Lexus-IS-7

Terdapat juga aplikasi telefon pintar yang boleh di guna pakai dengan sistem Lexus Enform Service Connect baru yang mempamerkan status terkini kereta berserta pakej F Sport termasuk panel badan yang lebih agresif, aloi 18″ dan suspensi sporty.

Lexus-IS-4

Previous post

Porsche Mendahului J.D. Power APEAL Buat Tahun ke 11

Next post

Hyundai Sonata Baharu Ada Lebih Yang Ditawar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *