Psst!

Honda Civic Type R Mungkin di Bilik Pameran Pengimport Grey Dari RM290k

Honda Civic Type R superhot baharu  telah habis dijual dalam tempoh sebulan pelancarannya di England. Peniaga Honda UK  mendapat 800 pesanan di majlis pelancaran itu saja dan kelompok seterusnya kereta ini mungkin hanya datang pada bulan Februari 2016. Sementara itu masih tiada desas-desus kemunculannya di Malaysia tetapi ramai yang membuat spekulasi yang pengimport grey akan membawa masuk kereta ini ke Malaysia sebelum hujung tahun ini. Harga di England adalah dari £ 29.995 untuk Type R entry-level dan bertambah kehingga £ 32.995 untuk versi GT. Mengambil kadar pertukaran semasa harga di sini mugkin di antara RM290,000 – RM310,000 bagi Type R dan RM330,000 – RM350,000 untuk GT.

Type R ini adalah front-wheel drive hot hatch yang paling berkuasa di dunia dengan masa 0-62 mphnya hanya 5.7sec ke kelajuan tertinggi 167mph dan hanya ditawarkan dengan transmisi enam kelajuan manual: tidak ada automatik. Kuasa dipindahkan ke jalan raya melalui “beberapa sistem suspensi baru yang inovatif” dibangunkan di litar Nürburging dan Suzuka . Bersama-sama dengan adaptive dampers, Type R ini dilengkapi dengan front suspension Dual Axis sama seperti setup RevoKnuckle dari Ford. Dengan ini, steering knuckle tambahan memastikan roda berputar di sekitar titik yang lebih dekat dengan garis tengah. Honda mendakwa bahawa ini mengurangkan tork steer sehingga separuh, berbanding dengan Civic standard .

honda-civic-type-r

Di belakang pula, konfigurasi  torsion beam telah disesuaikan untuk mengoptimumkan kestabilan dalam konar-konar pesat dan peningkatkan roll ketegaran sebanyak 180%. Stereng elektrik telah diubahsuai untuk meningkatkan maklum balas. Roda 19 inci dengan tayar kompaun custom dan big drilled discs (depan: 350mm) dengan four-piston calipers.

Kerja pembangunan yang luas dalam terowong angin motorsport kepunyaan Honda di Jepun telah menghasilkan pakej aerodinamik yang termaju. Di belakang, sayap tetap yang besar menghasilkan downforce yang diperlukan tanpa terlalu banyak drag pada kelajuan tinggi, manakala peresap-peresap dengan panel lantai rata untuk ‘menghisap’ kereta ke jalan raya. Splitter  dan bumper depan dibentuk untuk mengunakan sepenuhnya kebolehan aerodinamik dan penyejukannya.

Pemandu yang mahu menguja tahap prestasi kereta ini boleh menggunakan  mod memandu ‘+ R’. Ini menghadkan bantuan stereng, mengeraskan dampers sehingga 30%, plot peta tork jauh lebih dinamik dan menajamkan respon enjin. Dalam kabin, terdapat gearknob aluminium serta kerusi sukan berpakaian kain kesan-suede.

Hanya Renault Megane R265 dan Ford Focus ST datang dekat.

honda-civic-type-r1

 

 

Previous post

Anda Letakkan 'RRR' Dalam Volkswagen Golf R

Next post

SUV Toyota Innova 2016 Sedang diUji di India

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *