Cerita Auto

Ford Focus RS Serba Baru Diberi 350bhp

Ford Focus RS serba baru, hatchback berprestasi tinggi Ford, akan menyampaikan output kuasa maksimum 350PS.

ford-focus-RS2

Ia dikuasakan oleh versi unik  enjin Ford EcoBoost 2.3 liter baru yang mula diperkenalkan dengan Ford Mustang serba baru.

ford-focus-RS3

Dengan Focus RS, Ford memperkenalkan Ford Performance All-Wheel Drive dengan Dynamic Torque Vectoring.

ford-focus-RS

Sistem inovatif membantu menyampaikan keupayaan pengendalian tahap baru dan keseronokan pemandu dengan menggabungkan daya tarikan  dan cengkaman yang luar biasa dengan ketangkasan  dan kelajuan membelok yang tiada tandingan.

ford-focus-rs-dashboard

Focus RS adalah model Ford RS yang pertama dilengkapi dengan Drive Mode yang boleh dipilih termasuk, pertama kali dalam industri, DRIFT MODE yang membolehkan oversteer drifts  yang terkawal dan Launch Control.

ford-focus-rs-front

Enjin EcoBoost prestasi tinggi ini   direkabentuk khas untuk RS.  Enjin EcoBoost 2.3 liter baharu bagi  Focus RS serba baru berkongsi struktur asas dengan enjin empat silinder semua-aluminium dalam Ford Mustang serba baru. Enjin ini telah dinaik taraf dengan ketara untuk  Focus RS untuk menyampaikan 10 peratus lebih kuasa dengan  output maksimum 350PS.

ford-focus-rs-rear

Cuma 2 perkara:

1. Harap harap dia di bawa masuk ke Malaysia secara rasmi ole Ford Malaysia.

2. Harganya jauh lebih rendah dari harga yang di letakkan untuk Ford Mustang 2.3 liter EcoBoost ‘fastback’ baru sebanyak RM435,000-RM450,000,

 

Previous post

5 Fakta Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang Volkswagen Golf Mk1

Next post

Imej Pertama Aventador SV Roadster Dikeluarkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *