Gaya Hidup

Buat Pertama Kalinya Volkswagen Dengan HUD

Salah satu ciri kemuncak Passat generasi  kelapan adalah HUDnya [Head Up Display]. Ia memancar data yang berkaitan dengan perjalanan dan peringatan ke papan slaid keluar yang berkualiti tinggi terus kedepan garis penglihatan pemandu. Inovasi teknikal ini kini boleh dipesan sebagai pilihan untuk keseluruhan rangkaian model Passat.

volkswagne-passat-1

Dengan setekan butang, paparan telus bangkit dari kedudukannya di belakang dashboard ke depan garis penglihatan pemandu . Kelajuan, tanda-tanda lalu lintas, aktiviti sistem bantuan dan fungsi-fungsi lain dipaparkan pada permukaan 10 x 15cm. Paparan mempunyai resolusi 480 x 240 piksel.

Pemandu juga boleh mendapatkan data peta jalan dan/atau pelbagai isyarat-isyarat terpapar di HUD tersebut. Mata pemandu tetap di atas jalan raya, dengan maklumat pada skrin akan muncul seakan akan ianya dua meter di hadapan kenderaan. Kelebihan ini membantu mengurangkan masa tindak balas ketika kecemasan. Di samping itu, mata pemandu tidak perlu focus dan refocus mememandang perkara jauh dan/atau dekat.

Volkswagen-Passat_2015_5

Menggunakan menu Sistem hiburan, pemandu yang memutuskan apa maklumat hendak dipaparkan. HUD diaktifkan dengan kawalan yang berasingan di sebelah suis lampu rotary. Apabila tidak digunakan, paparan hilang – dilindungi dari habuk – di dalam dashboard. Walaupun bukan sistem yang paling elegan di pasaran (contohnya, sistem BMW hanya projek ke cermin), ini adalah satu langkah yang menarik untuk menjadikan produk mereka lebih premium. Ia tidak akan menjadi ciri standard di seluruh julat, tetapi ia sebagai pilihan tambahan buat permulaan. HUD ini seharusnya sejajar dengan rangkaian kelompok instrumen LCD baharu Volkswagen Group.

Volkswagen-Passat_2015_8

 

Previous post

Audi S4 Baharu Disahkan

Next post

Lexus RC F Berkongsi Degup Jantung Pemandunya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *