Gaya Hidup

Audi Pamerkan Sejarah dan Masa Depan Lampu Automotif

Pada tahun 80-an dan awal 90-an, lampu pop-up merupakan perkara yang paling bergaya di planet ini. Dalam banyak kes, sama ada atau tidak kereta kelihatan wow atau tidak ditentukan oleh sama ada ianya ada lampu pop-up atau tidak. Satu contoh yang baik ialah NSX. Bandingkan kedua-dua gambar model yang awal (merah) dan model yang lewat (kuning).

NSX

Walaupun dengan bumbung Targa sekali pun, model kuning tidak cool  keseluruhannya berbanding denagn yang merah. Perubahan daripada lampu cool ini bukan hanya dengan Honda NSX. Malah seluruh industri menarik diri dari meneroka teknologi lampu selain daripada satu dua lampu projektor. Sudah tentu, banyak syarikat-syarikat seperti, BMW dan Mercedes, mempunyai idea-idea lampu sendiri seperti Angel Eyes dan reka bentuk lampu dwi, tetapi ianya tidak sehingga Audi menyepadukan Daytime Lights Running (DRLs) Audi R8 nya kepada Audi A4 2008 barulah industri mengubah cara-cara mereka.

NSX2

Sebaik sahaja itu berlaku, hampir setiap pengeluar kereta mula mengambil notis kepentingan headlamps dan lampu sebagai sebahagian yang kuat untuk memperkukuhkan identiti jenama dan reka bentuk. Dan sekarang, dengan perlumbaan untuk mencipta lampu paling cool, paling maju dan terbaik, Audi telah menerbitkan video yang berjodul ‘Speed Of Light’. Ia mempamerkan sejarah lampu kereta-keretanya dan juga pelan Audi bagaimana masa depan lampunya akan berkelakuan. Check it out di sini:

CAYALAH!

 

Previous post

Tiga Abdul Top Gear Ke Amazon Prime

Next post

Video Kebolehan Off-Road Ford Everest

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *