Gaya Hidup

Alfa Romeo Giulia Sedan Baharu Akan Didedahkan Minggu Ini

Alfa Romeo Giulia sedan bersaiz sederhana, yang akan didedahkan pada Rabu ini akan menjadi satu titik tolak yang penting dalam kebangkitan jenama itu yang sedang bergelut dalam pasaran global.

Alfa-Romeo-Giulia1

Kereta baharu ini telah lama ditunggu tunggu dan pernah dipaparkan cadangan gambaran kereta ini di internet dan di sini kami paparkan apa yang kami rasa rupa sebenar Giulia sedan yang serba baharu ini.

Alfa-Romeo-Giulia3

Giulia akan berada dalam platform Giorgio, pacuan 4 roda/roda belakang baharu dan menawarkan enjin berprestasi tinggi, termasuk enjin V6 Maserati yang telah dibina di kilang Ferrari di Modena.  Alfa akan memperkenalkan enjin berprestasi tinggi yang baharu dibangunkan pada sedan untuk bersaing dengan BMW dan Audi.

alfaromeo-l

Rangkaian tertinggi 510hp,enjin petrol V6 dengan turbocharger berkembar telah dihasilkan semula dari enjin yang dibina oleh Ferrari untuk Maserati Quattroporte dan Ghibli sedan. Enjin gasoline Giulia akan guna enjin 2.0-liter turbocharged empat-silinder yang boleh didapati dalam output 180hp, 250hp dan 330hp.

Alfa-Romeo-Giulia2

 

 

 

Previous post

Jaguar Pamerkan Kenderaan ‘Custom-Built Rapid Response’ di Goodwood

Next post

Rockar Hyundai Menangi Anugerah Eropah untuk Jualan Digital

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *