Cerita Auto

VW Group Bekerjsama Dengan SAIC Untuk Teruskan Kajian Kenderaan Elektrik

Hari ini, Prof. Dr. Jochem Heizmann, Ahli Lembaga Pengurusan Volskwagen, Aktiengesellschaft dan Presiden dan CEO Volskwagen Group China, dan Chen Zhixin, Presiden SAIC Motor Corporation Ltd, menandatangani perjanjian utama tentang masa depan otomobil Volkswagen Group di China dalam sebuah majlis Volkswagen Group Forum DRIVE di Berlin.

Dihadiri oleh Han Zheng, Setiausaha Parti Bandar Shanghai dan ahli Politburo dari Parti Komunis China, Cheng Hong, Pengerusi SAIC Motor Corporation Limited, dan Prof. Dr. Martin Winterkorn, Pengerusi Lembaga Pengurusan Volkswagen Aktiengesellschaft, ianya telah dipersetujui untuk membesarkan kilang utama antara China yang berkerjasama dengan SVW di Anting untuk menghadapi cabaran baharu yang berkaitan dengan produksi tempatan model kenderaan elektrik.  Dengan keputusan ini, kenderaan elektrik dari Volkswagen Group akan dihasilkan secara tempatan di China secara beransur-ansur.

Dengan pembangunan dan produksi tempatan kenderaan elektrik serta komponen, Volkswagen telah mengambil langkah dalam mengembangkan lagi penyelidikan dan pembangunan pakar di China.  Aktiviti kajian dalam bidang sel minyak dan kenderaan plug-in hybrid akan dipergiatkan juga.  Ianya juga telah dipersetujui untuk menghasilkan model C-segmen baharu dari jenama Volkswagen di kilang Anting, di barat Shanghai bermula dari tahun 2016.  Dalam jangkamasa 4 tahun, model kenderaan elektrik baharu berasasakan model Volkswagen buatan China yang paling laris iaitu Lavida, dijangka akan memulakan produksi di kilang Anting – dan ini akan menjadi kenderaan elektrik sepenuhnya yang pertama dikeluarkan dari kilang ini.

Perjanjian ini menjadi sebahagian dari jumlah total pelaburan sebanyak €22 bilion di China yang dirancang oleh Volkswagen Group bersama rakan kerjasama hingga 2019.  Program pelaburan terbesar dalam industri otomobil China setakat ini akan dibiayai dari aliran tunai kerjasama antara Shanghai Volkswagen dan FAW-Volkswagen.  Dengan kerjasama antara kedua ini, Volkswagen Group akan membuat penghantara sejumlah 3.7 juta kenderaan di China pada 2014, mewakili peningkatan sebanyak 12.4 peratus berbanding tahun lepas.  Volkswagen Group mempunyai 20 lokasi produksi kenderaan dan komponen di China.

VW-SAIC2

 

Previous post

Honda Civic Type R dengan Kuasa 310PS dan Tork 400Nm

Next post

Kempen ‘Fueled by Everything’ oleh Toyota untuk Ketibaan Mirai

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *