Gaya Hidup

Volkswagen Bakal Kunjungi Pusat Beli-Belah Kegemaran Anda

Volkswagen Malaysia baru sahaja memulakan siri jelajah di pusat-pusat  membeli-belah di Lembah Klang bagi membolehkan orang ramai merasai pengalaman dengan jenama tersebut.

Para pengunjung juga berpeluang melihat secara dekat dan lebih personal dengan model Volkswagen Beetle Bug dan model-model terpilih yang lain.

Setiap hari sepanjang siri jelajah tersebut, seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang satu baucar petrol bernilai RM200 dengan hanya mengambil bahagian dalam satu peraduan Instagram yang mudah. Untuk menang, hantarkan foto paling kreatif anda bersama Volkswagen Beetle Bug edisi terhad dan hashtag #VWRevealYourStripes.

Sekiranya anda merancang untuk memasukkan kenderaan dengan kejuruteraan Jerman ini ke dalam senarai pembelian, Volkswagen ada tawaran menarik. Anda boleh memiliki model Volkswagen kegemaran – Polo, Polo Sedan, Jetta, Golf, Passat dan Tiguan dengan 0 bayaran muka dan 0 faedah. Promosi ini menawarkan penjimatan sehingga RM48, 000*. Promosi hebat ini adalah sementara stok masih ada.

Jadual siri jelajah adalah seperti berikut:

Lokasi

Tarikh

Ikano Power Centre

23 Jun hingga 28 Jun

One Utama

1 hingga 5 Julai

Paradigm Mall

9 hingga 12 Julai

 

* Tertakluk kepada terma dan syarat

VW Raya Roadshow 1

 

 

Previous post

Generasi ke-2 MINI Clubman Lagi Besar Dan Mempunyai 6 Pintu

Next post

Maserati MC12 Versione Corse di Gran Premio Parco del Valentino

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *