Gaya Hidup

Program Keselamatan 360º Dari BMW Kembali Buat Kali Kedua

Hari ini BMW Group Malaysia memperkenalkan siri kedua program Keselamatan 360º BMW dengan pengenalan kepada dua kenderaan BMW baharu – model pemasangan tempatan BMW 1 Siri dan BMW 2 Siri serba baharu, Gran Tourer, bersempena dengan sambutan Festival Cooler Lumpur ketiga.

BMW-01 (1)

Mr. Alan Harris, Pengarah Urusan dan CEO BWM Group Malaysia berkata, “sebegai peneraju otomotif jenama premium, kami komited untuk mengutamakan keselamatan pemnadu dan penumpang kami selain dari memberikan keseronokan memandu.  Melalui proram Keselamatan 360º BMW, kami mahu mencipta kesedaran, perbualan dan aksi terhadap keperluan pengguna jalanraya di Malaysia untuk pencarian dan keperluan tekonologi dan penyelesaian pada kenderaan mereka, serta etika dan perlakuan yang betul yang akan memastikan keselamatan mereka semasa di jalanraya.

Program Keselamatan 360º BMW yang akan berlangsung dari hari Jumaat, 12hb hingga Ahad, 14 Jun di Publika akan menampilkan penceramah jemputan, Marey Haley, Pengasas dan Pengarah Eksekutif The Safety Educator, organisasi bebas yang bertanggungjawab ke atas kesihatan, keselamatan dan pelajaran untuk kanak-kanak dan keluarga.

BMW-03-600x400

“Kemalangan trafik adalah salah satu sebab utama kepada kecederaan yang serius dan kematian kanak kanak seluruh dunia.  Kanak-kanak yang tidak dikawal dengan mudah tercampak keluar dari kenderaan, tercampak ke cermin depan atau dashboard, atau pada bahagian belakang tempat duduk depan.  Dengan menggunakan kawalan yang betul untuk kanak kanak, kita dapat mengurangkan 28 peratus risiko kematian kanak kanak berumur 2-6 tahun berbanding dengan hanya menggunakan talipinggang saja,” jelas Haley.

BMW-02

Previous post

Alfa Romeo Keluarkan Video Giulia 3.0 V6 Bi-Turbo

Next post

Galeri Penuh Kereta Lumba Ford GT, Pertama Kali di 24 Hours Le Mans Tahun Depan.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *