Cerita Auto

Passat Baharu Dari Volkswagen Menang Anugerah Fleet di UK

Volkswagen Passat baharu yang masih belum tiba di semua bilik pameran di Malaysia baru saja dianugerahkan Best Upper Mediaum Car di Fleet World Honours 2015.  Trofi itu telah diberikan dalam satu majlis yang diadakan di Royal Automobile Club di London.

Fleet World Honours adalah acara tahunan dan proses penjurian menggabungkan pendapat pakar dari tim editorial Fleet World dan dengan nilai objektif oleh beberapa syarikat pinjaman terkemuka dan pembekal data dari Fleet.

Pada tahun ini, ahli panel juri dipengerusikan oleh Steve Moody, Editor Fleet World, dan termasuk John Kendall, Alex Grant dan Ross Durkin dari tim editorial Fleet World.  Para juri mencari kenderaan yang mempunyai impak besar dalam pasaran fleet, menawarkan kombinasi yang betul iaitu dari segi kos penggunaan rendah, kelayakan alam sekitar dan kemudahan pemandu.

Steve Moody, editor Fleet World memberi komen beliau, “kecil, ringan dan kecekapan penggunaan bahan api berbanding dengan model terdahulu, namum ruang dalamnya luas, menjadikan Passat sebuah kereta premium berkualiti yang bukan dari jenama premium.  Trim SE Business baharu menawarkan semua keperluan pelanggan fleet berdasarkan permintaan, manakala versi BlueMotion yang akan datang dan plug-in hybrid akan membina penampilan Passat.

VW_Passat

Previous post

Khabar Angin Tentang Jaguar J-Pace Untuk Frankfurt Motor Show

Next post

Jaguar XE S Siap Untuk Eksport

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *