Cerita Auto

Kelebihan VIOS & HILUX

Model Toyota paling popular di Malaysia – Toyota Vios dan Toyota Hilux – kini boleh didapati dengan berbagai ciri-ciri tambahan tanpa sebarang caj tambahan, menjadikannya berbaloi untuk memilikinya.

Toyota-Vios-TRD

Bermula dari 1 Jun 2015, Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo dan 1.5G akan mendapat ciri-ciri tambahan seperti sistem infotainmen DVD-AVN (Audio-Video-Navigation) termasuk kamera reverse – tanpa sebarang caj.  2DIN head unit ini mempunyai skrin sesentuh 7 inci dengan pilihan sistem perhubungan sepenuhnya seperti HDMI, USB, Bluetooth dan AUX.

Sama seperti Toyota Vios, pemandu akan berpuas hati dengan ciri-ciri tambahan seperti Sistem Infotainmen DVD-AVN yang dilengkapi dengan kamera reverse.  Denga saiz Hilux yang panjang, dapat melihat kawasan dibahagian belakang kenderaan dari tempat duduk pemandu memudahkan pemandu untuk memakir dan lebih selamat.  Kamera menangkap imej melalui wide angle dan juga boleh memilih pandangan kiri atau kanan.  Panduan pada skrin memberikan bantuan untuk menggagak jarak dengan kenderaan atau objek lain.

Hubungi bilik pameran Toyota untuk maklumat lanjut tentang Toyota Vios dan Hilux dengan nilai tambahan.

Toyota-Hilux-TRD

 

 

 

Previous post

Imej Paten Mitsubishi Pajero Sport Akan Datang Tahun 2016

Next post

SYNC® 3 Mendekatkan Pemandu dan Kereta Lebih Rapat

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *