Cerita Auto

Jualan Global Hyundai Genesis Melepasi Target 100K   

Generasi kedua premium sedan dari Hyundai Motor, Genesis, telah melepasi penjualan terkumpul global sebanyak 100,000 unit.  Dilancarkan hanya 18 bulan yang lalu pada bulan November 2013, jumlah target telah dapat dicapai 10 bulan lebih awal dari model asal, menjadi bukti tarikan seluruh dunia terhadap model Genesis mewah yang berkualiti tinggi ini.

Penjualan domestic di Korea dan eksport Genesis generasi kedua mencapai sebanyak 52,661 unit dan 53,254 unit, menjadikan total kombinasi jualan sebanyak 105,915 unit hingga akhir bulan Mei 2015.  Dibina sepenuhnya di Korea, kereta ini dieksport ke pasaran China, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Selatan.  Di Amerika Selatan, kereta ini telah mendapat penerimaan yang baik dan setakat ini dalam tahun 2015, Genesis berada dalam kedudukan ketiga dalam pasaran sedan mewah bersaiz sederhana di US.

Model generasi pertama, diperkenalkan dalam tahun 2008, telah terjual sebanyak 250,000 unit seluruh dunia dan memainkan peranan penting terhadap evolusi pesat pada jenam Hyundai.  Direka khas untuk bersaing dengan model premium Eropah, ia telah memperkenalkan jenam ini kepada jenis pelanggan baru dalam pasaran domestik dan luar.

Generasi kedua model sedan yang popular ini telah meningkatkan kejayaan Genesis, mengumpul beberapa anugerah utama dalam jangkamasa 18 bulan sejak ianya dilancarkan, termasuk iF Product Design Award 2014 di bawah kategori pengangkutan.  Pada tahun yang sama, ianya juga telah memenangi anugerahIIHS Top Safety Pick+ di Amerika Selatan. Genesis juga telah diberi penghormatan dalam 2014 GOOD DESIGN™ AWARDS kerana produk rekaan yang inovatid dan berdaya maju.

Hyundai-Genesis_without-background

 

Previous post

Generasi Kelima Minyak Pelincir Caltex® Havoline® Tiba

Next post

Bernama - Harga Minyak Naik Lagi - Julai 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *