Cerita Auto

Jaguar XE S Siap Untuk Eksport

Kereta sebenar untuk pemandu, Jaguar XE mentakrifkan semula konsep sport saloon dengan pembinaan ringan yang maju, penggayaan streamline, rekaan dalaman mewah, dan pengendalian serta pemanduan yang cemerlang.  XE akan dijual pada 2015 dengan model S yang berprestasi tinggi sebagai produk teratas dalam rangkaian mereka.

Jaguar-XE_S_1

Model XE S memberi ganjaran kepada pemandu dengan kehalusan dan tindakbalas dari enjin V6 supercharged 3.0 liter.  Menghasilkan 340PS dan tork 450Nm, enjin hebat ini dipasang dengan transmisi otomatik lapan-kelajuan dengan kawala, paddle shift, memberikan pemandu akses serta merta kepada bekalan simpanan kuasa kenderaan yang hebat.

“Kedudukan Jaguar sebagai peneraju pengeluaran premium kenderaan aluminium membolehkan kami membangunkan struktur badan yang ringan dan kukuh. Dan ini adalah sesuatu yang terbaru dalam kelasnya. Ia membolehkan teknologi casis maju model XE memberikan ketangkasan dan tahap kehalusan yang seimbang yang hanya boleh didapati pada kenderaan dari segmen atasnya.” Kata Kevin Stride, Vehicle Line Director, Jaguar XE.

Jaguar-XE_S_4

Jaguar XE, aluminium intensif ini adalah model pertama dibangunkan dari senibina modular kenderaan baharu Jaguar Land Rover dan akan menetapkan standard untuk pemanduan dinamik dalam segmen saiz sederhana.  Gerbang roda yang panjang dan kedudukan kerusi rendah membolehkan penampilan seperti coupe dengan bentuk dan garisan sempurna.

Ciri ciri seperti intake udara besar, vent sisi krom, spoiler belakang yang ditutup dan roda aloi 20 inci sebagai pilihan memberi petunjuk akan potensi prestasi enjin Jaguar V6 supercharged 3.0 liter petrol.

Jaguar-XE_S_2

Previous post

Passat Baharu Dari Volkswagen Menang Anugerah Fleet di UK

Next post

Proton Lanjutkan 7 Tahun Waranti & kadar Faedah Pada 1.99%

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *