Berita Auto

Jaguar XE, Direka Untuk Saingi BMW 3-Series

Jurutera Jaguar memberi tumpuan kepada pemanduan dan pengendalian sedan XE baharu dalam usaha bersaing bagi pesaing seperti siri BMW 3 series. Jaguar mendakwa XE adalah “kereta pemandu terbaik” dalam kelasnya dan peserta auto yang mengambil bahagian dalam pandu uji di Sepanyol ditenggelami oleh dinamik pemanduan sedan.

Model XE adalah yang paling ‘stiffest’, sebuah sedan yang paling aerodinamik dibina oleh Jaguar setakat ini. Ia adalah Jaguar pertama dilengkapi dengan stereng kuasa elektrik, yang menawarkan potensi penalaan yang lebih besar dan kecekapan tenaga yang lebih baik. Beralih daripada sistem stereng berkuasa hidraulik tradisional kepada kuasa elektrik untuk membantu mengurangkan pelepasan sehingga 3 peratus.

Body bagi model XE adalah 75 peratus aluminium, yang menyumbang kepada berat body sebanyak 251kg. Jaguar menjangka 90 peratus daripada pembeli XE baru kepada jenama ini, kata Peter Modelhardt, Pengarah Urusan Jaguar Jerman. XE adalah kereta Jaguar yang paling kecil dan kereta berharga mampu milik, pembuat kereta percaya akan membantu menarik pelanggan yang lebih muda dan lebih ramai wanita kepada jenama tersebut.Pemerhati industri meramalkan jualan global tahunan XE adalah 60,000 hingga 80,000, yang akan hampir dua kali ganda jumlah global tahunan Jaguar. XE ini telah menarik minat pelanggan daripada pembeli swasta dan ‘fleet’. “Kami mengira hampir setengah juta konfigurasi kereta di laman web kami,” kata Modelhardt.

jaguarXE2

 

Previous post

Projek Soli: Sistem Kawalan Isyarat Bersaiz Radar Baru Google

Next post

Shell Menawarkan Pengalaman ‘Ultimate Car Engine Rejuvenating’ Secara Percuma di Festival #LoveMyRide

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *