Gaya Hidup

Ford Bekerjasama dengan Ekosistem Inovasi Lembah Silikon

Untuk Kenderaan Berautonomi, Cetakan 3D, Teknologi yang boleh Dipakai Teknologi yang boleh Dipakai

  • Di Ford, teknologi kenderaan berautonomi semakin hampir untuk diproduksi – ia kini beralih daripada penyelidikan kepada projek kejuruteraan yang canggih
  • Ford mengumumkan bahawa ia bekerjasama dengan firma percetakan 3D yang berpangkalan di Lembah Silikon, Carbon3D untuk menghasilkan alat ganti gred automotif berkualiti tinggi
  • Ford memulakan pembangunan teknologi yang boleh dipakai dengan aplikasi termaju MyFord® Mobile – akan tiba tidak lama lagi untuk jam tangan pintar termasuklah Android Wear – membolehkan pengguna memeriksa jarak pemanduan kenderaan, caj bateri serta pelbagai maklumat lain untuk model plug-in hybrid atau kereta elektrik dengan pantas di pergelangan tangan mereka sahaja

3D Printed Focus Electric Grommet and Transit Bumper

Teknologi kenderaan berautonomi kini semakin hampir untuk diproduksi oleh Ford apabila ia beralih daripada usaha penyelidikan kepada program kejuruteraan termaju, umum Ford pada hari ini.

Ford juga telah melantik seorang pengarah untuk pembangunan kenderaan berautonomi – seorang veteran yang sudah berkhidmat dengan Ford selama 29 tahun, Randy Visintainer. Ford turut menubuhkan satu pasukan global untuk melaksanakan program lanjutan tersebut.

Pusat Penyelidikan dan Inovasi Ford Palo Alto kini bekerjasama dengan pasukan global Ford untuk melaksanakan pelan Mobiliti Pintar Ford. Pelan itu bermatlamat membawa Ford ke tahap seterusnya dalam aspek ketersambungan, mobiliti, kenderaan berautonomi, pengalaman pelanggan dan data besar.

“Dalam masa lima tahun akan datang, kami akan memindahkan teknologi-teknologi bantuan pemandu ke seluruh rangkaian produk kami. Ia bagi membantu menjadikan jalan raya lebih selamat dan meningkatkan kemampuan pemanduan secara automatik,” kata Naib Presiden Kumpulan, Pembangunan Produk Global Ford, Raj Nair. “Pada masa yang sama, kami berusaha untuk memastikan ciri-ciri, cara anda membeli dan memiliki sebuah kenderaan Ford mampu menjadi pengalaman yang luar biasa.”

Dengan transisi kepada kejuruteraan lanjutan, teknologi pemanduan berautonomi kini memasuki fasa kedua daripada tiga fasa dalam proses membawa ciri itu ke pasaran. Sebagai satu program kejuruteraan lanjutan, pasukan berusaha keras untuk memastikan teknologi pengesanan dan perkomputeran yang diperlukan dapat diproduksi. Mereka juga akan terus melakukan ujian dan penambahbaikan dari segi algoritmanya.

Ford turut mengumumkan bahawa teknologi Pre-Collision Assist (Bantuan Pra-Pelanggaran) dengan Pedestrian Detection (Pengesan Pejalan Kaki) sudah pun dipasang pada Ford Mondeo di Eropah. Teknologi itu akan ditawarkan di Amerika Syarikat tahun depan menerusi satu kenderaan jenama Ford. Ford merancang untuk terus menawarkan teknologi pada kebanyakan produknya di peringkat global menjelang tahun 2019.

Ciri-ciri bantuan pemandu merupakan sebahagian daripada teknologi semi autonomi yang semakin bagus. Ini kerana Ford telah menambah baik alat pengesan, algoritma dan penggerak di dalam kenderaan untuk menghasilkan teknologi pemanduan atomatik sepenuhnya yang baru.

Menurut analisis perbandingan kenderaan arus perdana yang dilakukan oleh pihak SBD Amerika Utara, Ford menawarkan ciri bantuan pemanduan paling banyak dalam empat segmen kenderaan di Amerika Syarikat pada hari ini.

Ford F-150 memiliki teknologi bantuan pemanduan paling banyak dalam segmen trak pikap tugas ringan. Sementara model Edge dan Explorer menerajui segmen SUV bersaiz sederhana. Fusion mengungguli segmen sedan bersaiz sederhana dan Taurus mengetuai segmen kereta saiz besar. Setiap kenderaan tersebut mempunyai lapan ciri bantuan pemandu, jelas analisis bebas itu.

Jenama Ford menawarkan lebih banyak model yang dilengkapi bantuan parkir aktif, amaran lintasan trafik pada bahagian belakang, amaran penukaran laluan dengan lane-keeping aid dan pemantauan titik buta di Amerika Syarikat berbanding mana-mana pengeluar utama lain, jelas kajian SBD.

3D Printing Final Print

Akses awal terhadap teknologi Carbon3D CLIP membantu mempercepatkan inovasi, reka bentuk produk

Ford bekerjasama dengan syarikat baharu dan para pemain utama di Lembah Silikon untuk menjadikan penyelesaian mobiliti lebih mudah diakses oleh jutaan pengguna di seluruh dunia.

Sejak Disember 2014, syarikat telah bekerjasama dengan Carbon3D, berpangkalan di Redwood City yang membangunkan teknologi Continuous Liquid Interface Production (CLIP) – teknologi percetakan 3D yang menghasilkan alat ganti daripada resin boleh ubah,  25 hingga 100 kali ganda lebih pantas berbanding proses cetakan 3D konvensional. Hasilnya, alat ganti ini memiliki aspek mekanikal yang sesuai untuk pelbagai keperluan kenderaan Ford, termasuklah alat ganti gred automotif berkualiti tinggi.

“Kemampuan kami untuk melakukan inovasi bergantung kepada berapa pantas kami boleh bergerak dari idea kepada produksi,” kata Nair. “Teknologi ini membolehkan kami menghasilkan alat ganti gred automotif dengan pantas untuk prototaip reka bentuk produk dan mungkin alat ganti bagi tujuan produksi, lebih pantas berbanding sebelum ini. Jadi, kami boleh menawarkan kenderaan baharu kepada pelanggan dengan lebih cepat.”

Teknologi Carbon3D menggunakan kejuruteraan resin yang mampu menyerap getaran, menampung beban atau tahan terhadap suhu tinggi.

Dengan menggunakan teknologi ini, Ford berupaya menghasilkan elastomer grommet untuk model Ford Focus Electric dan peredam bampar bagi Transit Connect.

Ford turut tingkatkan keupayaan ketersambungan

Ford juga berusaha untuk mengembangkan inovasi ketersambungan kepada teknologi yang boleh dipakai.

Syarikat membangunkan aplikasi lanjutan MyFord® Mobile yang boleh digunakan pada jam tangan pintar tidak lama lagi – termasuklah Android Wear.

Aplikasi MyFord Mobile yang sudah sedia untuk telefon pintar membolehkan pengguna memeriksa jarak pemanduan dan caj bateri kenderaan elektrik atau plug-in hybrid di pergelangan tangan mereka sebelum memulakan perjalanan. Mereka juga boleh mencari lokasi terakhir kereta diparkir.

Baru-baru ini, Ford ada mengumumkan bahawa sistem hiburan dan komunikasi SYNC® 3 serba baharu akan melakukan debut di Amerika Utara menerusi model Ford Escape, Fiesta, F-150, Mustang dan Transit 2016. SYNC 3 menawarkan prestasi lebih pantas, pengecaman perbualan suara, skrin sentuh yang intuitif seperti telefon pintar dan grafik antara muka yang lebih mudah difahami.

For merupakan pengeluar pertama yang menawarkan kawalan suara kepada aplikasi telefon pintar melalui AppLink. Pengalaman dipertingkatkan lagi dengan paparan skrin sentuh SYNC 3. AppLink membolehkan para pelanggan berhubung dengan telefon pintar dan mengawal aplikasi menggunakan arahan suara atau butang pada paparan skrin sentuh. Aplikasi-aplikasi terawal yang akan dilancarkan bersama SYNC 3 AppLink ialah Spotify, Pandora, Glympse, Accuweather dan iHeartAuto.

Minggu ini turut menyaksikan kenderaan yang dilengkapi SYNC 3 berada di atas jalan raya untuk diuji buat pertama kalinya.

MyFord Mobile app extension

Previous post

Jualan Kereta di Eropah Merosot Tetapi Renault Menunjukkan Perkembangan

Next post

Sedan Prestasi Serba-Baharu Alfa Dikenali Sebagai Giulia Quadrifoglio

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *