Gaya Hidup

Continental Lancarkan Kempen Semakan Keselamatan Tayar Sempena Hari Raya 2015

Kempen Semakan Keselamatan Tayar sempena Hari Raya 2015, yang dianjurkan bersama oleh Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd dan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, yang dijadualkan dari 5 Jun – 5 Julai 2015, bertujuan untuk mengajar pemandu umum untuk memupuk tabiat keselamatan tayar dan mengutamakan penyelenggaraan tayar kenderaan untuk memastikan perjalanan yang selamat “balik kampung”.

Conti-IMG_2012

Kempen Semakan Keselamatan Tayar Hari Raya 2015, acara yang julung kali diadakan itu dianjurkan bersama dengan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat, melengkapi usaha-usaha Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk menggalakkan kesedaran keselamatan jalan raya dan pendidikan. Bagi mewujudkan kesedaran ini, Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd akan menjalankan pemeriksaan keselamatan tayar dan  demonstrasi penjagaan tayar di 21 buah stesen minyak Shell di seluruh negara, bermula dari stesen minyak Shell di KL, Pulau Pinang dan Selangor, 5-7 Jun, tahun ini.

Conti-IMG_2029

Di samping itu, peserta Kempen Semakan Keselamatan Tayar Sempena Hari Raya akan menerima buku daripada Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd yang memaparkan tips penyelenggaraan tayar, premium Continental dan baucar RM50 untuk pembelian tayar Continental.

Conti-IMG_202

Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd akan mengadakan Kempen Semakan Keselamatan Tayar Sempena Hari Raya di stesen minyak Shell berikut bermula 12:00pm-6:00pm, Jumaat hingga Ahad:

Tarikh Negeri Alamat Stesen Petrol Shell
5-7 Jun KL Sunway & Company, Lot PT24331, Taman Sri Petaling.
5-7 Jun KL SH Wangsa Maju 2, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.
5-7 Jun Selangor SH Shah Alam Seksyen 9, Jalan 9/20 Sek 9, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
5-7 Jun Penang SH Jalan Song Ban Kheng 2, Lot 2933 Jalan Soon Ban Kheng, Seberang Perai Tengah, 14000 Penang Malaysia.
5-7 Jun Penang Green Island Service Station, 4A, Jalan Masjid Negeri, 11600 Penang.
12-14 Jun Pahang Pearl Violet Enterprise, Lot 4747/8, Jalan Berseran, 25300 Kuantan, Pahang.
12-14 Jun Terengganu EnerCont Enterprise, Lot 9818, KG Kerteh, Mukim Kerteh, 24300 Kemaman, Terengganu.
12-14 Jun KL SH Bandar Sri Manjalara, Taman Menjalara Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Malaysia.
12-14 Jun KL SH 10208629 Jalan Gombak KL 65, Batu 3 1/2 Jalan Gombak, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.
19-21 Jun KL MDA Perdana Enterprise, Lot 19392, Taman Kinrara, Seksyen 1, Batu 7 1/2, Jalan Puchong, 47100 Selangor.
19-21 Jun Selangor SH Jln Tujuan SS18 Subang Jaya, Jalan Tujuan SS18, 47500 Subang Jaya, Malaysia.
19-21 Jun Sabah Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman, Jalan Sulaman Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
19-21 Jun Sarawak Chen Yii Enterprise Sdn Bhd, Jalan Salim, Lot 60, Block 18, Seduan Land District, 96000 Sibu, Sarawak.

 

Tarikh Negeri Alamat Stesen Petrol Shell
26-28 Jun Selangor SH 10208741 Jalan Kajang Semenyih, Jalan Kajang Semenyih, 43000 Kajang, Malaysia.
26-28 Jun Johor Mutiara Rizqi Petromart 68, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru.
26-28 Jun Johor Sri Wangsa Sdn Bhd, 593946W, Bt.3, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor.
26-28 Jun Melaka Shell Noorhayati Kamaludin Lot 2789, Mukim Balai Panjang, 75250 Melaka.
3-5 Julai Kedah Addeen Indah Trading, No 912, Seberang Jalan Putera Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah.
3-5 Julai Kedah SH Langkawi 46A Pekan Kuah, 07000 Langkawi, Malaysia.
3-5 Julai Perak Bulan Maya Sdn Bhd, PT128889, Jalan Raja Musa Mahadi, 31350 Ipoh, Perak.
3-5 Julai Selangor AZA Maju Ent, Jalan 7/1, Seks 8, Bandar Baru, 43650 Kajang.

 

Previous post

Huawei Mengumumkan Kerjasama Dengan Audi Group

Next post

Mazda BT-50 Berwajah Bahru Tidak Lama Lagi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *