Cerita Auto

Brabus Dedahkan S500 Plug-in Hybrid

Prestasi kit Brabus PowerXtra 850 Hybrid baharu untuk Mercedes baharu iaitu S500 Plug-in Hybrid oleh pakar enjin dari tuner bebas terbesar di dunia sekali lagi mempersembahkan kepakaran mereka yang tiada tandingannya.

Brabus-s500-1

Peningkatan kuasa enjin V6 kepada 52hp dan peningkatan tork kepada 70Nm menaikkan sistem output hybrid sedan kepada 500hp dan sistem tork kepada 890Nm.

Brabus-s500-5

Hasilnya, kenderaan mewah ini boleh memecut dari 0 kepada 100km/j dalam hanya 4.9 saat, dan menjadi pemanduan harian yang hebat.  Kerana sistem hybrid ini, kelajuan tertinggi kekal 250 km/j elektronik terhad.

Brabus-s500-7

Sudah tentu, program penghalusan untuk Barbus juga termasuk beberapa pilihan lain untuk S-Class dengan pemanduan alternatif.

Antaranya adalah program aerodynamic-enhancement dengan penggayaan sporti dan elegan, roda yang yang dibuat khusus dengan diameter hingga 22 inci dan pilihan eksklusif untuk rekaan dalaman.

Brabus-s500-3

Semua komponen disokong oleh Brabus Tuning Warranty untuk 3 tahun, hingga 100,000 km.

Apa yang lebih penting adalah kehebatan pemanduan superior yang diberikan Brabus PowerXtra B50 Hybrid tuning.

Brabus-s500-2

Kuasa superior boleh didapati pada keseluruhan rangkaian rev dan sudah tentunya kit prestasi Brabus disesuaikan dengan sempurna melalui empat mod berbeza dari sistem hybrid S500.

Bermakna tuned V6 mengikut standard emisi ketat dari EURO VI

Brabus juga menawarkan sistem ekzos sport stainless-steel sepenuhnya dengan empat tailpipe pada rekaan Brabus untuk S500 Plug-in Hybrid.

Brabus-s500-6

Brabus juga menawarkan pelbagai pilihan penghalusan komponen yang dikeluarkan mengikut kualiti OEM dari PUR dan gentian karbon boleh didapati untuk menambah keterampilan yang elegan dan sporti pada rekabentuk kereta.

Brabus-s500-4

Previous post

VW Golf Baharu Akan Guna Teknologi Gesture Control

Next post

Kelebihan Mazda SKYACTIV diJelaskan

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *