Berita Auto

BMW Sahkan Model 7-Series Serba Baharu

Dengan model 7 Series baharu, BMW telah memberi definasi baru tentang eksklusif, pengalaman pemanduan yang mewah dalam bentuk kontemporari dan peneraju.

BMW-7-Series-08

Teknologi terbaru dari segi rekaan ringan, rangkaian kuasa, casis, sistem operasi, sistem perhubungan pintar dan suasana dalaman yang menggariskan misi untuk menggabungkan keseronokan memandu dan keselesaan semasa perjalanan jauh dalam sedan mewah.

BMW-7-Series-02

Pertukaran baton dari satu generasi hingga generasi tertinggi dalam rangkaian BMW memperlihatkan jenama ini mempersembahkan pelbagai inovasi yang tiada tandingannya.

BMW-7-Series-14

Tambahan kepada rangkaian model BMW 740e menyaksikan ketibaan segmen sedan mewah dari teknologi BMW eDrive yang pertama kali diperkenalkan dalam kereta BMW i.  model plug-in hibrid, yang akan dilancarkan dengan bentuk gerbang roda panjang BMW 740 Le dan mengambil badge BMW 740Le xDrive dengan pemanduan pacuan empat roda pintar, dan dikuasakan oleh enjin petrol empat-silinder dan motor elektrik, yang gabungannya menghasilkan total sistem output, 240 kW/326 hp.

BMW-7-Series-18

BMW 740e merekodkan kombinasi penggunaan minyak 2.1 lter per 100 km (134.5 mpg imp) seperti yang dikira dalam ujian panduan EU untuk kenderaan hibrid dan kombinasi penggunaan kuasa elektrik, 12.5 kWh per 100 km.

BMW-7-Series-03

Emisi CO2 kekal pada 49 gram per km (buat masa ini).

BMW-7-Series-06

Sistem pemanduan elektrik, dibekalkan dengan tenaga bateri litium-ion bervoltan tinggi, memberikan pecutan yang diperlukan.

BMW-7-Series-16

Tambahan lagi, teknologi BMW eDRive membolehkan sepenuhnya elektrik dan oleh itu pemanduannya adalah emisi bebas pada kelajuan hingga 120 km/j (75 mph) dan dengan kuasa hingga 40 km (25 batu)

BMW-7-Series-01

BMW 7-Series baharu adalah pengeluaran kereta-siri pertama di dunia di mana pemiliknya boleh mengendalikan ke dalam atau keluar dari ruang parkir atau garaj tanpa pemandu.

BMW-7-Series-11

Pilihan Remote Control Parking membolehkan pemandu memakir di ruang yang agak sempit dengan mudah.

BMW-7-Series-04

Pemandu memulakan progress kereta ke depan atau ke mengundur dari ruang parkir menggunakan BMW Display Key baharu.

BMW-7-Series-09

Sementara kereta mengendalikan secara semi otomatik, pemandu pula akan memerhatikan jika ada sebarang halangan.

BMW-7-Series-10

BMW-7-Series-13

 

Previous post

Audi Kehilangan Ketua Pembangunan Enjin

Next post

Jualan Ford Malaysia Bagi Bulan Mei Meningkat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *