Gaya Hidup

BMW Gabungkan algoritma dengan ConnectedDrive untuk Ramalan Parkir

Pernahkan anda melalui hari di mana anda membuat beberapa kali pusingan untuk mencari tempat parkir tapi tidak jumpa? Dan setiap kali anda melepasi kereta dan nampak seperti pemilik kereta itu mahu keluar dari parkir – dan anda terlepas.  Mungkin itu perkara itu akan menjadi masa dulu, kerana BMW merancang untuk menggabungkan sebahagian dari teknologi pintar mereka iaitu ConnectedDrive untuk membangunkan ramalan memakir.

BMW-i8-i3-4

BMW akan mengembangkan lagi kedudukannya sebagai pengeluar mobiliti premium, dengan servis pintar dan aplikasi seperti ChargeNow, ParkNow atau navigasi intermodal. Kini, dengan projek penyelidikan Dynamic Parking Prediction, BMW Group membuat demonstrasi satu penyelesaian di mana pada masa depan mampu memendekkan pencarian ruang kosong parkir di jalan, terutamanya di bandar bandar.  Bersama rakan kongsinya INRIX, BMW akan mempersembahkan prototaip kajian aplikasi ini di TU-Automotive Detroit (dahulunya Telematics Detroit), dalam BMW i3.

BMW-ConnectedDrive

Salah satu sub-kluster utama teknologi perhubungan kenderaan dari BMW ini adalah Connected Navigation, di mana sistem RTTI Real-Time Traffic Information telah pun membantu pemandu melaluinya dengan lebih efektif, lebih selamat dan lebih mudah dengan cabaran pemanduan sekarang dengan memberikan mereka amaran awal yang tepat tentang kesesakan lalu lintas dan memberikan informasi kepada mereka jalan alternatif.  Kini, projek penyelidikan Dynamic Parking Prediction baharu ini boleh meramal ruang parkir yang kosong dengan menggunakan data pergerakan dari kumpulan kenderaan. Dengan cara ini aplikasi boleh memendekkan pencarian untuk ruang parkir kosong terutamanya di bandar bandar, dan memberikan cara yang efektif untuk mengurangkan trafik yang berkaitan dengan memakir.

BMW-ConnectedDrive-Connected-Drive-iDrive

Usaha ini tela dijalankan hampir empat tahun.  Untuk tujuan projek ini, peta digital terkini dihasilkan untuk menunjukkan semua ruang parkir umum, sementara beberapa ribu kenderaan dari ujian kumpulan kenderaan membekalkan data pergerakan yang dihasilkan apabila menggunakan ruang ini.  Data ini dibekalkan oleh kumpulan kenderaan apabila mereka keluar dari parkir dan juga mencari ruang parkir.  Berdasarkan peta digital, ramalan algoritma tempatan dan data parkir dari kumpulan kenderaan, aplikasi pencarian mengukur pilihan parkir terkini pada kawasan yang diberi, contohnya di bandar tertentu.

BMW-i3-Interior

Previous post

BMW dan INTERSCHUTZ 2015

Next post

Hyundai Genesis diLancarkan Di Malaysia, Mentakrifkan Pemanduan Mewah

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *