Gaya Hidup

Azam Motors Lancarkan Pusat 3S Mazda di Permas Jaya, Johor

Hari ini adalah hari pembukaan Pusat 3S Mazda yang sangat menakjubkan di Permas Jaya, dioperasikan oleh Azam Motors Sdn Bhd. Pusat 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) Mazda terletak di lokasi yang sangat strategik dan bersedia untuk memenuhi keperluan pemilik Mazda yang berada di kawasan Johor Bahru.

Mazda-Azam-08

Bermaz mempunyai rangkaian pengedar yang luas dan sudah pun memiliki 78 buah cawangan Mazda di seluruh Malaysia dan pelancaran Pusat 3S Mazda di Permas Jaya ini merupakan pusat 3S yang ke-31 di negara ini.

Mazda-Azam-01

Pusat 3S Mazda merangkumi kawasan seluas 45,000 kaki persegi dan binaan seluas 13,000 kaki persegi. Ianya mempamerkan model-model terkini Mazda termasuklah Mazda 2, Mazda 3, Mazda 6, Biante dan BT50, terdapat juga sembilan petak penyelenggaraan.

Mazda-Azam-02

Dengan kakitangan seramai 19 orang, kemudahan servis selepas jualan mampu menyelenggara sehingga 50 buah kenderaan dalam sehari.

Mazda-Azam-10

Pusat 3S Mazda di Permas Jaya didedikasikan untuk menyediakan ‘Mazda Peaceful Ownership Experience’, satu konsep meletakkan pelanggan bermula dari saat mereka berjalan ke dalam bilik pameran kepada perkhidmatan selepas jualan. Pusat Mazda 3S terkenal kerana mempunyai lounge yang menarik bagi pelanggan.

Mazda-Azam-03

Teknologi SKYACTIV, yang pertama muncul pada tahun 2011, yang paling elok adalah Mazda. Ianya merupakan teknologi revolusi yang menentang konvensyen untuk menghasilkan kereta yang menjimatkan tenaga dan mesra alam sekitar tanpa menjejaskan prestasi memandu.

Mazda-Azam-04

 

Previous post

Ford Umum Model Terulung Ranger Wildtrak Baharu

Next post

Perodua Menyediakan Pemeriksaan Keselamatan Percuma Hari Raya dengan program Tweckbot

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *