Cerita Auto

Audi Tunjukkan pemanduan Otomatik di dalam Kesesakan Jalanraya di Shanghai

Pada masa depan, ‘Traffic Jam Pilot’ akan membantu pemandu kereta Audi dengan mengambil alih pemanduan antara 0 dan 60 km/j (37.3 mph) dengan tambahan memecut dan membrek secara otomatik.

RLM__19020921

Untuk melakukan ini, sistem baharu ini akan mengakses status kereta dan juga keseluruhan persekitaran.  Jika pelanggan baru mengaktifkan sistem ini, kereta ini akan mengambil alih panduan lateral dan longitudinal apabila ia mengesan kesesakan jalan di lebuhraya pada kelajuan antara 0 – 60 km/j (37.3 mph).

RLM__19062939

Apabila traffic jam pilot mencapai limitnya, sebagai contoh, apabila kesesakan jalan mula reda atau tiba di pembahagian jalan, ia akan memberi tahu pemandu untuk mengambil semula pemanduan.

RLM__19062834

Komponen utama sistem sensor ini adalah sistem radar.  Sepertimana adaptive cruise control dengan fungsi berhenti dan bergerak yang ada kini, ianya akan monitor 35 darjah persekitaran depan kereta  pada jarak 250 meter (820.2ft).  kamera video dengan wide angle aperture akan mengesan lorong tertentu dan juga pejalan kaki dan objek, seperti kenderaan lain dan guard rails.  Terdapat hingga 12 ultrasonik sensor digunakan untuk monitor ruang sekeliling kereta serta merta.

RLM__19072001

Peralatan baharu dalam portfolio sensor ini adalah laser scanner, yang akan memberikan data tepat pada jarak hingga 80 meter (262.5 ft).  Diod laser mengeluarkan hampir 100,000 denyutan cahaya inframerah sesaat yang tidak dapat dilihat dengan mata manusia.  Laser scanner ini merangkumi 145 darjah penglihatan pada 6 peringkat dan akan memberikan data profil persekitaran dari refleksi cahaya yang menunjukkan kenderaan lain dan guard rail.

RLM__19070847

Laser scanner ini menawarkan kelebihan utama. Dengan wide angle aperture, ianya dapat mengesan kereta memandu masuk ke lorong lebih awal dan juga kekal berfungsi dalam keadaan gelap.  Ianya boleh mengesan berbagai jenis objek, termasuk paten homogeneous seperti pagar, atau objek yang tidak jelas strukturnya seperti dinding putih.

RLM__19103436

Ini adalah klip pendek tentang apa yang boleh ‘dilihat’ apabila sistem ini diaktifkan:

 

Previous post

Toyota Kekal Jenama Paling Terulung Automotif Dunia Dalam Kedudukan Tahunan Oleh BrandZ ™

Next post

VW Golf Baharu Akan Guna Teknologi Gesture Control

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *