Berita Auto

400 Lebih Orang Menyertai Pertandingan Pemandu Scania

Sebilangan peserta di luar jangkaan telah menghadirkan diri di tapak Pertandingan Pemandu Scania—Edisi MIBTC (SDC-ME) yang baru-baru ini diadakan sempena Ekspo Bas, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia 2015.

Pertandingan di Mines International Exhibition and Convention Centre tersebut dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memandu trak atau mengidamkan peluang untuk mengemudikan kenderaan berat Scania P410 – antara keluaran Scania yang paling popular.

Seramai 400 lebih peserta yang sudikan diri, meskipun di antara mereka telah bersusah payah datang dari Pantai Timur, teruja dengan cabaran memandu kenderaan Scania yang berkuasa lagi menjimatkan bahan api. Mereka dikehendaki mengharungi pelbagai cabaran menguji kemahiran kawalan yang tinggi, tanpa melakukan kesalahan yang ketara.

Bagi kebanyakan peserta, ini merupakan kali pertama mereka menaiki kenderaan berat, apatah lagi memandunya. Namun, usah bimbang – kerana Jurulatih Pemandu Scania berada di sisi untuk memberi panduan.

Untuk setiap hari dalam tempoh tiga hari pertandingan tersebut berlangsung, empat orang pemenang telah ditentukan untuk menerima hadiah yang merupakan beg sukan Scania yang asli.

“Saya di sini untuk mencari bekalan perniagaan, dan setelah didesak oleh kawan-kawan, saya pun mengambil bahagian hanya untuk menghiburkan hati. Tanpa diduga, alangkah seronoknya saya muncul sebagai pemenang,” kata En Ghazali Hussin, salah seorang daripada 12 pemandu terhandal dalam pertandingan.

“Selain terhibur, saya berasa terharu dengan teknik latihan yang diberikan oleh Jurulatih Pemandu Scania sepanjang pertandingan diadakan. Mereka berjaya membuat saya dan juga para peserta lain sedar akan pentingnya keselamatan di jalan raya,” tambah peniaga dari Terengganu itu.

Sepasang suami isteri turut mengambil bahagian dalam pertandingan setelah dimaklumkan mengenainya melalui emel.

“Sebaik sahaja diberitahu bahawa pertandingan ini dibuka kepada semua pemegang lesen memandu, bukan sahaja pemandu trak, saya telah menggalakkan isteri saya untuk menyahut cabaran ini,” sahut En Zamri Abdul Rahman yang bekerja di sebuah syarikat logistik di Pelabuhan Kelang.

SDC-ME merupakan acara pembuka tirai bagi pertandingan rasmi Scania Driver Competition 2014/2015 Malaysia-Singapore (SDC) yang akan diadakan pada bulan Oktober ini.

Tarikh tutup penyerahan borang penyertaan untuk pertandingan pemandu profesional ini ialah 31 Julai 2015.

“Edisi keempat SDC ini dibuka kepada semua pemandu trak dan bas, bukan dihadkan kepada pemandu kenderaan Scania sahaja. Oleh itu, cabaran tahun ini akan bertambah sengit,” ujar Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Scania Asia Tenggara, Ian Tan.

“Kami berkomited untuk meningkatkan status pemandu kenderaan komersial di Malaysia dengan memberi keutamaan kepada standard keselamatan, penjimatan bahan api, dan penjagaan alam. Kerjasama daripada Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) selaku rakan penganjur rasmi serta sokongan padu yang diberikan kepada Scania oleh Michelin Malaysia selaku Penganjur Utama adalah bukti terhadap komitmen kami ini,” tambah beliau.

Pemenang pertandingan 14-16 Mei 2015:

 14 Mei 2015

Pemenang Kumpulan 1 — Lim Keng Boon, diberi hadiah oleh Tom Kuiphuis, Pengarah Pra-Jualan Scania Asia Tenggara

Pemenang Kumpulan 2 — Muhamad Izwannizam, diberi hadiah oleh Tom Kuiphuis, Pengarah Pra-Jualan Scania Asia Tenggara

Pemenang Kumpulan 3 — Wan Zakuan Wan Mohd, diberi hadiah oleh Anu Katyal, Pengarah HR Scania Asia Tenggara

Pemenang Kumpulan 4 — Siew Hao Yi, diberi hadiah oleh Ian Tan, Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Scania Asia Tenggara

15 Mei 2015

Pemenang Kumpulan 1 — Mohd Faiz Mohd Zaini, diberi hadiah oleh Tuan Haji Idros Puteh, Pengurus Jualan Bus dan Koc Scania Asia Tenggara

Pemenang Kumpulan 2 — Wan Mohamed Sofian Wan Abdul Rahman, diberi hadiah oleh Tom Kuiphuis, Pengarah Pra-Jualan Scania Asia Tenggara

Pemenang Kumpulan 3 — Hemanathan A/L Muniandy, diberi hadiah oleh Tom Kuiphuis, Pengarah Pra-Jualan Scania Asia Tenggara

Pemenang Kumpulan 4 — Wong Chun Wai, diberi hadiah oleh Tom Kuiphuis, Pengarah Pra-Jualan Scania Asia Tenggara

16 Mei, 2015 

Pemenang Kumpulan 1 — Ghazali Hussin, diberi hadiah oleh Ian Tan, Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Scania Asia Tenggara

Pemenang Kumpulan 2 — Leong Yew Khin, diberi hadiah oleh Tom Kuiphuis, Pengarah Pra-Jualan Scania Asia Tenggara

Pemenang Kumpulan 3 — Mohammad Fauzi Zainoh, diberi hadiah oleh Tom Kuiphuis, Pengarah Pra-Jualan Scania Asia Tenggara

Pemenang Kumpulan 4 — Norahmadrizan Zahalan, diberi hadiah oleh Stefan Pertz, Editor Majalah Asian Trucker

Screen Shot 2015-06-21 at 1.31.10 PM

Previous post

Menangi Lawatan Ke Jepun dan Apple Devices Semasa Pandu Uji Atau Beli Sebuah Toyota

Next post

Suzuki Lancarkan Swift Terbaru Yang Dikemaskini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *