Cerita Auto

Volvo XC90 T8 Enjin Berkembar, Berkuasa & Bersih

Model XC90 T8 Enjin Berkembar telah menjangkaui semua jangkaan dari segi kuasa tanpa kompromi dan penggunaan bahan api yang rendah, disertai dengan emisi rendah diperingkat dunia – kesemuanya ini ada pada SUV mewah 7-tempat duduk.

Volvo-T8-3

Pembaharuan ini dapat dicapai melalui kitaran inovasi berterusan di syarikat Swedish itu.  Hasil dari lanjutan tuning turun kepada 10 g/km dari ramalan awal, membawa penurunan kepada penggunaan bahan api sebanyak 2.1 1/100 km manakala ianya juga menambahkah kuasa kuda.  Ini jelas menjadikan XC90 T8 Enjin Berkembar ini peneraju dalam segmennya, dengan kombinasi cemerlang dalam penggunaan bahan api yang rendah, emisi dan kuasa tulen.

Volvo-T8-2

Tidak ada SUV lain dalam kelasnya yang boleh memberikan 43km rangkaian elektrik tulen, 0-100km/jam dalam masa 5.6 saat dan memberikan kombinasi kuasa 407 hp – semuanya dalam konfigurasi 7-tempat duduk ini.

Menurut Timbalan Presiden Kanan, Jabatan Penyelidikan & Pembangunan, Volvo Car Group, model XC90 T8 dapat dihasilkan kerana skala platform senibina Volvo, yang menggunakan sepenuhnya enjin Drive-E baharu mereka.

XC90 T8 Enjin Berkembar boleh didapati di bilik pameran Volvo lewat tahun ini, tetapi tarikh resmi penjualan di Malaysia masih belum diumumkan lagi.  Model ini akan bersaing dengan model SUV Q7 e-tron Quattro dari Audi.

Volvo-T8-4

Previous post

Audi TT Serba Baharu Dilancarkan di Malaysia

Next post

Audi TT Clubsport Turbo Konsep – Satu Latihan Dalam Forced Induction

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *