Berita Auto

Tawaran Menarik Selama Sebulan Sempena 112 Tahun Ford Heritage

Ford dan pengedar tempatan Sime Darby Auto (SDAC) meraikan Heritage Month Forth tahunan di Malasia dengan promosi istimewa pada semua pengedar seluruh negara sehingga 15 Jun. Pelanggan yang membeli varian Ford Focus akan menerima rebat tunai RM10,000 manakala mereka yang membeli varian EcoSport dan Fiesta akan menerima rebat tunai sehingga RM8,000.

Ford-Ecosport-Titanium10

Pelanggan yang membeli mana-mana model Ford bermula hari ini sehingga 15 Jun akan menerima topi dan payung jenama Ford Heritage. Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli varian Focus, EcoSport, Fiesta, Fiesta ST, Mondeo, S-Max, Kuga juga akan menerima bag sukan Ford ST, manakala bagi pelanggan varian Ranger akan menerima sebuah jam tangan G-Shock Ranger edisi khas.

Promosi Heritage Month ini menggabungkan Ford’s Extended Service Plan (ESP), menjadikan inilah masa yang terbaik untuk memiliki sebuah Ford. Boleh didapati pada semua kenderaan penumpang, Ford ESP ialah program penyelenggaraan selama tiga tahun atau 60,000km untuk menyediakan kemudahan kepada pelanggan dengan tiada kos tambahan dikenakan.

Photo-2-Ford-Fiesta

Tambahan kepada promosi jualan ini, promosi selepas jualan Ford menawarkan pemeriksaan multipoint kepada semua pelanggan secara percuma oleh juruteknik diiktiraf oleh Ford, dan diskaun sebanyak 15 peratus bagi Motorcraft dan minyak enjin serta penapis minyak Castrol. Tawaran hanya sah sepanjang bulan Jun, promosi ini boleh digunakan untuk semua model Ford.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Ford Heritage Month, sila layari www.ford.com.my

Ford-Ranger

Previous post

Jaguar Land Rover Ambil Pendekatan ‘Whole Lifecycle’

Next post

Mitsubishi Elektrik Cipta Tablet Mampu Milik – Sistem Informasi Hiburan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *