Cerita Auto

Rolls-Royce Drophead Baharu Untuk Hidupkan Semula Nama Dawn

Rolls-Royce Motor Cars hari ini mengumumkan nama kereta baru baharu mereka. Model drophead baharu yang menarik dan sensuous ini, akan dikenali sebagai Rolls-Royce Dawn.

Kereta tersebut telah diperkenalkan kepada 130 wakil rangkaian niaga seluruh dunia di Rolls-Royce World Dealer Conference 2015 di Los Angeles, California hari ini. Rolls-Royce Dawn adalah langkah seterusnya dalam kelahiran semula Rolls-Royce Motor Cars yang bermula pada tahun 2003 dengan pelancaran Phantom dan seterusnya pengenalan kepada Ghost dan Wraith. Ianya menjustifikasikan pelaburan berterusan BMW Group ke puncak dunia jenama super mewah.

Rolls-Royce1

Rolls-Royce Dawn baharu akan menghidupkan semula nama Rolls-Royce yang terkenal dan unik yang pertama digunakan pada tahun 1949, tetapi hanya digunakan kepada 28 rangka badan drophead yang istimewa antara tahun 1950 dan 1954. Satu permulaan baru bagi Rolls-Royce pada masa itu, Silver Dawn yang asalnya adalah model Rolls-Royce pertama yang ditawarkan dengan body factory-built. Drophead Rolls-Royce yang membawa nama Dawn diteruskan pembinaannyamengikut kehendak setiap pelanggan, bagi memastikan keunikkan mereka.

‘Dawn’ menyempurnakan lagi karakter Rolls-Royce baharu yang hebat seperti cahaya yang menyinari pagi dari kegelapan malam.  Kesegaran pagi yang membangkitkan semangat untuk memulakan hari anda.   Seperti Eleanor Thornthon, pencetus inspirasi Spirit of Ecstasy, Rolls Royce Dawn juga akan membuktikan sebagai teman istimewa pemilik yang percaya permulaan hari mereka akan berjalan dengan lancar.

Rolls-Royce2

(Paparan adalah gambar-gambar Drophead Wraith)

 

Previous post

Pusat 4S BMW Baru Dibuka Di Batu Pahat

Next post

Renault Lancarkan Crossover Kecil Mampu Milik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *