Gaya Hidup

Rolls-Royce Cipta Wraith Coupe Inspirasi-Fesyen

Rolls-Royce telah keluarkan edisi khas baharu 2-pintu yang dikenali sebagai Wraith – Inspired by Fashion. Seperti yang telah dijangkakan, ianya adalah versi jazz daripada coupe yang berasaskan platform BMW F01 dan 7-series. Ianya dibuat oleh petukang dari Bespoke Design Studio di Goodwood, yang mengambil inspirasi daripada palet warna, bahan-bahan dan teknik-teknik yang digunakan oleh pereka dalam dunia fesyen.

Rolls-Royce-Wraith-4

Rolls-Royce-Wraith-9

Bermula dari bahagian dalaman, Rolls-Royce baharu mempunyai dalaman yang berwarna white-on-black. Dengan warna yang menonjoldigambarkan kehijauan, yang bersulam pada headrests, jahitan kerusi dan piping, dan juga pada stereng, yang juga mempunyai komposisi dua tona. Stereng juga mempunyai jahitan kelim dilakukan oleh pembuat kraf di Rolls’ Leather Shop.

Rolls-Royce-Wraith-8

Sebagai jenama Rolls-Royce, membuat bahagian dalaman dengan bahan yang terbaik. Terdapat sutera terbaik, panel kayu dan kulit yang mengambil masa 9 hari untuk di salut lakuer. Bespoke Clock dengan kesan mutiara menghiasi bahagian tengah yang pradominan.

Rolls-Royce-Wraith-3

Rolls-Royce-Wraith-5

Kereta tersebut mempunyai integrasi welting, teknik kepakaran yang dikaitkan dengan jahitan Bespoke, dalam bentuk jalur sutera yang berwarna-warni pada panel pintu kulit. Di bahagian luaran, model Wraith – Inspired by Fashion disudahkan dengan Andalucian White dan Arctic White, dengan warna Jasmine, Tailored Purple atau Mugello Red.

Rolls-Royce-Wraith-2

Rolls-Royce-Wraith-7

Previous post

Enjin Kecekapan Tinggi Baharu Audi Untuk Audi A4 Baharu Akhir Tahun 2015

Next post

Mini Perkenalkan John Cooper Works Serba Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *