Gaya Hidup

Porsche Ajar Kawalan Cruise untuk Melalui Selekoh

Porsche nampaknya melangkah ke hadapan dengan teknologi kereta baharu mereka.  Awal minggu ini, Porsche menemui cara yang berdaya mahu untuk perkenalkan ratio mampatan yang akan mengakhiri secara efektif had yang ada pada enjin turbocharged. Kini mereka mempunyai sesuatu yang lebih sesuai dengan pemandu – kawalan cruise.

Sistem baru yang diuji oleh Porsche boleh membuat dua perkara berbeza dari kawalan cruise biasa.  Pertama, ianya boleh membaca tanda jalan, bermakna ia boleh menyesuaikan had kelajuan baru secara automatik.  Ada kereta mempunyai system GPS-linked, seakan sama seperti Porsche, tetapi ciri kedua yang membezakannya.

porsche-corner

Ia mampu membuat selekoh menggunakan kawalan cruise.  Apabila sampai ke selekoh, kawalan cruise dapat menjangka kelajuan selamat untuk membelok, dan memperlahankan untuk anda.  Ia masih memerlukan input dari pemandu pada stereng kerana ia bukanlah kereta autonomous.  Tetapi ternyata ianya satu langkah yang baik ke arah pemanduan automatik.

Porsche gelarkan teknologi baru ini sebagai “InnoDrive” dan ia masih ada hadnya.  Kuasa yang dijana dari membelok pula boleh diselaraskan kepada apa jua tahap selesa atau tidak selesa mengikut kehendak pemandu selagi ia di bawah 7g.  Porsche berkata system ini dapat membantu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api dan masa perjalanan tetapi lebih kepada satu teknologi yang ada hanya untuk diperkatakan.

porsche-corner2

Previous post

Audi Guna Kereta Kompak untuk Meningkatkan Jualan di China

Next post

BMW Meningkatkan Enjin dan Pilihan Cat Seluruh Rangkaiannya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *