Gaya Hidup

Permainan Dalam Talian Michelin ‘THE RIGHT 2 RACE’ Kembali Lagi!

Menangi pengalaman menyertai perlumbaan sebenar dalam perlumbaan kereta paling mendebarkan di dunia di Litar Antarabangsa Sepang

Lebih 760 pemandu dari seluruh rantau Asia akan berlumba menentang satu sama lain dalam lebih 13,000 sesi perlumbaan untuk merebut 24 tiket berharga, yang menawarkan pengalaman sukan motor sekali seumur hidup, iaitu penyertaan dalam MICHELIN Pilot Sport Experience di Litar Antarabangsa Sepang pada bulan Julai akan datang. Ini pasti akan menjadikan impian mereka satu realiti.

Get a chance to drive Renualt Clio Cup IV @ MPSE

Untuk menyertai pertandingan ini,pesertaboleh ke laman theright2race.comdari 13 Mei hingga 16 Jun 2015, dan menunjukkan kemahiran mereka memandu dalam perlumbaan menerusi permainan perlumbaan dalam talian, yang akan menguji kemahiran mereka memilih garis lumba paling sesuai dan titik brek terbaik di sepanjang versi digital Litar Antarabangsa Sepang yang sebenar.

Seramai 5 peserta dari Malaysia, antara sejumlah 24 peserta dari seluruh Asia,yangmencatat masa pusingan terbaik dan terpantas dalam permainan ini akan memenangi lawatan ke Litar Antarabangsa Sepang dan merasai pengalaman sukan motor yang unik: acara MICHELIN Pilot Sport Experience yang akan dianjurkan pada 18 Julai tahun ini.

Acara MICHELIN Pilot Sport Experience adalah pengalaman sukan motor mendebarkan yang dianjurkan oleh Michelin dan peserta akan mendapat peluang untuk menaiki dan memandu kenderaan perlumbaan berprestasi tinggi sebenar di bawah pengawasan keselamatan jurulatih memandu profesional Michelin.

Formula Le Mans

Di acara sukan motor ini, pemenang permainan dalam talian MICHELIN The Right 2 Race berpeluang untuk memandu kereta lumba Formula 4 dengan satu tempat duduk, dan juga Renault Clio Cup IV dan kereta rali Citroen DS3 R1 serta mendapat bimbingan daripada jurulatih memandu profesional tentang cara untuk mengambil selekoh dan menangani cabaran memecut di litar Sepang.

Selain itu, pemenang juga boleh merasai pecutan bersama dengan seorang pemandu profesional, sama ada dengan kereta lumba Formula Le Mans dengan 2 tempat duduk yang telah diubahsuai, atau Lamborghini Super Trofeo untuk pemanduan di litar, untuk menyelami keseronokan sebagai pemandu profesional serta prestasi maksimum dan keselamatan tayar Michelin – rahsia kemenangan juara perlumbaan.

Peraduan dalam talian MICHELIN The Right 2 Race yang pertama telah berjaya dilancarkan pada tahun lepas di Malaysia, Singapura, Australia, Thailand, dan Filipina. Ia menarik lebih 3,647 peserta dan pemenang berpeluang mencapai impian sukan motor mereka dengan menyertai Michelin Pilot Sport Experience 2014.

Gambar-gambar  Michelin Pilot Sport Experience 2014.

The Right2Race 2014 Winners The Right2Race 2014 Winners Malaysia Test Drive_Participant @ MPSE Safety Check_MPSE R2R Formula Car @ MPSE Le Mans Car @ MPSE R2R Crazy Rally Drivers @MPSEJoin The Right2Race Online Contest to win a unique motorsport experience

Dapatkan maklumat lanjut tentang permainan dalam talian MICHELIN The Right 2 Race di theright2race.comdan www.michelin.com.my

Previous post

Di Bahagian Mana Kereta Anda Yang Sering Diabaikan Bila Dihantar Servis?

Next post

Mercedes-Benz Malaysia mendahului carta

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *