Cerita Auto

BMW Meningkatkan Enjin dan Pilihan Cat Seluruh Rangkaiannya

BMW merancang beberapa perubahan serius kepada semua jenis model bagi tahun 2015. Bermula dengan cat dibahagian luar, pada bulan Julai ini kita akan dapat lihat Champagne Quarts dan Smokey Topaz Metallic ditawarkan ke atas semua kereta 4 series, termasuklah M4. Model sedan F10 5 series dan GT akan tampil dengan Tanzanite Blue Matallic sebagai pilihan. Satu lagi model yang menerima warna shade of blue adalah Z4 Roadster, yang boleh didapati dalam Estoril Blue tetapi hanya jika dilengkapi dengan pakej M sport.

Selain warna baru, BMW juga merancang untuk memperkenalkan satu barisan enjin yang pertingkatkan supaya kereta mereka sentiasa mematuhi piawaian standard emisi EU6. Enjin baru yang dipertingkatkan bermaksud kecekapan yang diperbaharui serta tahap emisi. Terdapat banyak untuk diperkatakan disini dan kita mulakan dengan 1 series.

bmwengine2

Bagi model 1 series, ianya akan mendapat enjin petrol baru 1.5liter 3-silinder yang memberi kuasa 136hp dan tork 220Nm, tetapi ianya bukan enjin tahap asas.

Kereta 2 series pula akan melihat enjin diesel 4 silinder 2 liter yang boleh didapati dengan turbocharge berkembar bagi kuasa 224hp dan tork 450Nm. Varian beraspirasi semulajadi menghasilkan kuasa 150hp dan tork 320Nm. Varian 3 series juga akan terdapat rangkaiankuasa diesel baru yang tidak jauh beza dengan 2 series.

Model X5 adalah yang paling terakhir diberi peningkatan dalam senarai. SUV ini mendapat peningkatan kepada diesel B47, yang kini memberi kuasa 231hp berbanding 218.

bmwpaint2

Previous post

Porsche Ajar Kawalan Cruise untuk Melalui Selekoh

Next post

Continental Akan Mengurangkan Emisi NOx Dalam Enjin Diesel

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *