Berita Auto

Audi Guna Kereta Kompak untuk Meningkatkan Jualan di China

Audi melihat peningkatan kereta compact menjadi pemacu jualan di China apabila masyarakat kelas pertengahan di Negara itu yang semakin meningkat mencari kereta mewah mampu  milik, kata Dietmar Voggenreiter, Presiden Pembikin Auto China.  Audi melihat pertumbuhan yang kuat dalam segmen rendah perbelanjaan mewah pengguna China, memacu perrubahan dari kereta besar kepada model yang lebih kecil, yang mana Voggenreiter berkata akan menjadi ‘pemacu pertumbuhan utama’ di pasaran China.

audi-q8_1

“Bermakna kereta kelas-pertengahan – pada kita adalah model A4 dan Q5 – dan segmen kereta compact akan meningkat dengan pantas pada masa depan.  Ini adalah segmen yang paling pantas pertumbuhannya,” kata beliau di pameran auto Shanghai pada Isnin lalu.

Voggenreiter berkata keseimbangan antara kereta bersaiz kecil dan besar akan beralih pada peringkat pasaran auto yang lebih matang seperti U.S., di mana kereta bersaiz kecil merangkumi 65 peratus dari jumlah total.  Premium sedan bersaiz besar merangkumi 45 peratus jualan di China sekarang, dengan jualan kereta bersaiz kecil sebanyak 55 peratus.

Audi-tt-4

Eksekutif itu berkata pasaran kereta mewah di China mempunyai ruang yang cukup banyak untuk pertumbuhan dan akan mendahului sektor yang lebih luas.  Penjualan kereta mewah di China merangkumi sekitar 9 peratus dari total jualan, berbanding 13.15 peratus dalam pasaran yang lebih matang, kata beliau.

Kereta mewah bersaiz kecil adalah jumlah besar pemandu bagi Audi, yang merupakan pemacu keuntungan bagi Volkswagen Group, dan pembikin kereta premium yang lain, dan mereka ini berminat untuk meningkatkan kehadiran mereka di China, pasaran kereta terbesar di dunia.

Saingan kuat mereka, BMW, akan membawa masuk 3 model compact baharu ke China untuk menarik minat pembeli kelas-pertengahan ke arah jenama mereka.

audi_rs3_sportback_3

Previous post

Audi A3 & Q3 Terima Aksesori Tulen Baru

Next post

Porsche Ajar Kawalan Cruise untuk Melalui Selekoh

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *